dugaan Rayani Air

Terbaca satu berita secara online di media internet tentang syarikat penerbangan Rayani Air menghentikan operasinya atas masalah tertentu.. (boleh rujuk laman ini untuk lanjutan The Star Online/09042016)
"Berat sikit dugaan ni.. "
Sedikit pengenalan sendiri tentang Rayani Air. Yang aku tahu la..
"Syarikat penerbangan yang baru diasaskan sejak bulan Disember 2015. Yang menariknya diperihalkan syarikat penerbangan diasaskan oleh 2 pengasas yang bukan beragama Islam, tapi berniat memperjuangkan prinsip Islam dalam operasi penerbangannya. Antara usaha tersebut ialah;

  • Semua staff yang bekerja perlu berpakaian menutup aurat
  • Tidak menghidangkan minuman beralkohol di kabin pesawat
  • Adanya doa perjalanan sebelum penerbangan 

Selain itu, harga tiket buat masa ini adalah antara yang murah jika dibandingkan dengan syarikat AirAsia dan Malaysia Airlines..
"Maka dengan sebab itu, aku juga tentulah ingin menyokong syarikat ini.."
Namun, terbaru ni melalui laman sosial Facebook Rayani Air telah mengumumkan bahawa mereka memberhentikan operasi (buat sementara?) penerbangan mereka atas sebab tertentu..

Fokus - "berat dugaan ni..."
"Berat dugaan buat pengasas syarikat penerbangan ni menghadapi pelbagai cabaran untuk menjayakan sistem penerbangan yang berkonsepkan Islam. Apatah lagi mereka sendiri bukan Muslim. Sebelum ni, aku perasan syarikat ni mendapat 'tentangan' dan 'dugaan' hebat dari pelbagai aspek - cermin windshield dah retak, beberapa konflik dalaman dengan staf (angkara sabotaj?) dll, ternyata memang Rayani Air agak bergelora sikit buat masa ni.."
Menjelang perkahwinan aku yang bakal berlangsung bulan depan (Mei), sekali lagi aku dah siap-siap beli beberapa tiket penerbangan pergi balik Kuching-Kuala Lumpur.
2ZEX7H... DCN172... NERGK1... 2A579S 
Dan tentulah dugaan ni kena tempiasnya terhadapku juga.. Antara beberapa trip flight aku yang dah terganggu disebabkan pengumuman henti operasi (kalau benar isu tersebut). 

Teringat akan satu nasihat..
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yg diketahuinNya tentang orang-orang yang berdusta. - surah Al-Ankabut 29:2-3 (entri bad hair day pun ada pinjam ayat ni ^-^!)
 Hmm.. apa agaknya ikhtihar kali ni..?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)