Komen aku tentang [Wayang] Ejen Ali The Movie (Misi: Neo)
Filem Ejen Ali dah keluar 28.11.2019! Kali ini aku proaktif untuk tengok Ejen Ali awal-awal, tapi takde la terdesak sangat sampaikan hari pertama keluar terus nak tengok, tahan-tahan la juga sampai hari Sabtu baru tengok (Sabtu ada promosi tiket murah ^-^!) Sedikit ulang kaji tentang ringkasan kisah Ejen Ali setakat ini..: --- Apakah halnya dengan cerita Ejen Ali ini? --- Ejen Ali mengisahkan tentang seorang budak 12-tahun bernama Ali, secara tanpa sengaja telah terlibat dalam konflik antara agensi rahsia MATA vs kumpulan musuh UNO (yang mana ketika musuh sedang menghantarkan alat (gadget) istimewa IRIS sesama ahli mereka, salah faham berlaku dan IRIS telah jatuh ke tangan Ali). Situasi semakin rumit apabila Ali mengaktifkan gadget tersebut dan program alat tersebut tidak dapat dipisahkan daripada Ali) Maka sejak itu, Ali direkrut masuk sebagai ejen MATA untuk jalankan misi. Jadi di sebalik menjalani kehidupan sebagai seorang murid sekolah, dia juga terlibat dalam menja...