blogging syedzran
Sejak 2021 ni aku beralih untuk blogging guna akaun blogspot baru - syedzran. Perihalnya blog wix yang dulu (baca entri stream of thought 2.0) yang aku cuba nafas baru dulu ada masalah.
- Bila nak view siaran bergambar (aku post tentang komik Wanted), tapi gambar tak optimize resolution. Jadi tak jelas
- Sekarang orang beralih ke teknologi layari internet melalui handphone. Walaupun paparan dah gempak aku susun, tapi rupanya itu hanya desktop view sahaja. Bila 'mobile view' semua susunan ke laut ^-^! penatnya.
- Wix ialah produk negara jahat rupanya. Tak naklah aku guna produk mereka atau langgan apa-apa.
Atas beberapa sebab tersebut, maka aku pun hentikan blogging di Wix. Tutup akaun selama-lamanya. Kemudiannya aku cuba-cuba jelajah beberapa laman web blogging yang lain (wordpress dll). Semua nampak biasa, dan tak menarik (atau aku yang tak minat).
Akhirnya aku kembali semula ke blogspot. Lepas baca-baca buku Blogspot dalam Sehari, baru aku tahu ada cara untuk ubahsuai interface blog. Lagi-lagi setting baru yang lebih moden ada templat yang dinamik. Maka itulah yang aku cuba pula kali ni..
Kenapa kena ada blog yang berbeza? Kalau sebelum ni, aku balun sahaja kongsi semua diari aku dalam blog Stream of Thought, tapi semakin berlalu masa blog tersebut aku lebih menekankan muhasabah/ dakwah. Jadi tiba-tiba nak kongsi benda-benda santai buat rasa kekok pula.. Maka sebab itu aku perlu buat pengkhususan..
- syedzran - aku kongsikan perkara-perkara santai (makan, jalan-jalan, komik, app hp, siri TV, game, diari ringan-ringan). Entri-entri lama secara perlahan-lahan aku akan pindahkan (salin tampal siaran yang pernah ada dalam blog ini ke sana)
- stream of thought - diari hati secara lebih mendalam. Melibatkan proses berfikir dan mendalami sesuatu situasi. Alih-alih aku akan kembali ke panduan agama tentang perkara tersebut.
jemputlah baca blog aku yang sana (insya-allah aku rajin tulis diari ringan aku) |
Ulasan