Cuti Umum Pun Kena Kerja..
5.2.2023 ialah hari Thaipusam. Yang mana untuk negeri Selangor ialah cuti umum. Disebabkan ia jatuh pada hari ahad, jadi isnin diberikan cuti ganti..
Yay! Dapat cuti..
..hinggalah..
Aku dapatPertamanya hakikat kena kerja ni dah ganggu rancangan isteri pergi kenduri keluarga. (Gaduh sehari pasal ni sebab terpaksa batalkan hotel mahal. Maaf ya sayang. Tapi nasib baik boleh tuntut bayaran)
Keduanya, kerja hujung minggu (kebetulan cuti umum) ini takde apa-apa 'saguhati'. Kira kerja percuma untuk majikan.. yay la mereka..
Dua tiga hari sebelum tarikh ni, Isteri (dah berbaik dah) pun tanyakan berkenaan hal tersebut (isi kedua) mengingatkan aku tentang hal kecewa tersebut
Bukanlah aku gilakan duit sangat, minta tuntutan kerja lebih masa. Cuma tak senang rasanya kena turun kerja ketika orang lain bercuti. Dah tu takde apa-apa kelebihan pun berbanding kawan aku yang tak turun kerja. Elaun takde, time off pun tak dapat.. - bisik hati je
Kemudiannya isteri pun mengongsikan pengalamannya masa kerja swasta (sebelum kahwin) kena kerja juga walaupun cuti umum.. katanya
"Kita dibayar gaji sebulan itu sebenarnya berdasarkan pengiraan hari bekerja 22/23 hari sebulan (tak kira hujung minggu). Jadi cuti umum sebenarnya bukan 'cuti' untuk kita. Ikut majikan la kalau nak beri bonus 'cuti' pada hari umum. Kalau kena kerja, tak boleh nak mengeluh sebab memang gaji kita dah dibayar. Dulu masa swasta, kalau cuti masa cuti umum memang tak dibayar gaji (tolak gaji).."
Antara penerangan yang membuka mata. Aku tak pernah tahu perihal ini. Alhamdulillah ada isteri yang lebih berpengalaman dalam hal ini..
Ulasan