kontroversi PreP

Apa khabar kau kat ID (infectious disease) rotation sekarang? Mesti best kan? - tegur aku kepada seorang batchmate GCFM di KK Ampang 

Takdelah. Aku dah berhenti ID dah sekarang..

Eh kenapa? 

Sebab aku tak nak bersubahat dengan klien PreP dalam aktiviti mereka 

Fokus - kontroversi PreP

Baru ni (awal tahun), KKM dalam usaha melaksanakan program rintis, iaitu pemberian rawatan PreP kepada golongan berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan HIV

Golongan berisiko tinggi yang disasarkan dalam program ini ialah el-jii-bi-ty. Mereka antara yang paling terdedah kepada risiko jangkitan HIV melalui aktiviti mereka..

Rawatan HIV sebenarnya telah sedia ada dan diberikan kepada golongan suami isteri yang telah terjebak. Cuma program rintis ini membuka kepada golongan bukan suami isteri. 

----

Kebetulan jumpa dalam media sosial juga tentang hal ini

Hangat dibincangkan berkenaan isu hukum pemberian PreP kepada golongan ini.. 

Aku faham tujuan utama KKM - nak sasarkan HIV kosong. Jadi program ini semestinya bagus untuk dilaksanakan sebab penyakit tersebut banyak dari kalangan mereka..

Cuma kontroversi yang timbul ialah..

Dengan adanya rawatan ini, adakah mereka (sasaran) akan tinggalkan aktiviti mereka? 

Kalau difikirkan dari kaca mata mereka, mereka akan nampak rawatan ini sebagai "penyelamat akibat". Mereka sebelum ini risau betapa aktiviti mereka menyebabkan penyakit tersebut timbul kini berasa lebih selesa sebab adanya rawatan pencegah.. agak-agak mereka akan fikir untuk berhenti?

Dari aspek agama, rawatan terbaik ialah pencegahan total iaitu tidak terlibat dengan aktiviti tersebut.

Mencegah lebih baik daripada mengubati..

----

Aku sendiri secara peribadi pun rasa berat hati dengan situasi begini. Aku percaya Islam mempunyai penyelesaian terbaik. Sebarang kegiatan yang mendorong (secara langsung dan tak langsung) ialah dianggap bersubahat..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)