Diari MO KK - Peristiwa Baris Hadapan Covid-19 (Pusingan 2)

2.5.2020 Sabtu 
Keputusan NP & OP swab aku pada 27.4.2020 dan 29.4.2020 ialah negatif. Disebabkan bidang kerja aku tergolong dalam kategori perkhidmatan kritikal, maka dengan segeranya perintah pelepasan dikeluarkan supaya aku dapat kembali bekerja. Cuma ahli pasukan kali ini dah berubah menjadi baru.. Geng lama tinggal kenangan je la..
  • Teammate : Aku, Naqib, Asri, Shamin, Lynda, Tangalakshmi, Effa
  • Team lain : Zailani, Sulaiman, Norman, Betty, Faiz, Pariksit, Fakri
3.5.2020 Ahad - masih cuti rehat sebelum masuk kerja

(Hari 1) 4.5.2020 Isnin - asymptomatic bay team : Aku, Safarina, Azila, Lim TX
Panas hari ni. Nasib baik la, pesakit tak ramai. Aku kena biasakan diri balik kerja kat sini sebab dah seminggu cuti rehat. Lagi pula, pasukan dah baru. Aku kena kena berkenalan balik dengan geng kerja. Rupanya Safarina ialah kawan masa kerja HO dulu di medical posting. Kebetulan sangat jumpa balik..

Oh ya, pesakit yang aku jumpa kali ni banyak dari luar negeri (oversea); Qatar, Melbourne. Yang mana masing-masing dah siap kuarantin di KL lagi sebelum memohon balik ke Sarawak. 


(Hari 2) 5.5.2020 Selasa - symptomatic bay team : Aku, Azila
Jaga zon bergejala. Hangat diperkatakan tentang kluster paeds ward 3A. Tapi aku tak sempat berjumpa pun pesakit dari kluster tersebut. Sementara itu, terdapat kluster IPT (UPSI)  yang baru balik dari kolej, perlukan saringan pula..

(Hari  3) 6.5.2020 Rabu - asymptomatic bay team : Aku, Haziq, Norman, Patrick
Pasukan lelaki kali ini. Dah la aku takde mood sangat nak masuk kerja tengah hari ^-^! Tapi alhamdulillah pesakit tak begitu ramai. Ada la jarak masa untuk berlapangan pada cuaca yang panas ini. Pada kesempatan ini, sempat la juga bonding sesama ahli pasukan. Semua geng baik-baik je nampaknya.  Oh ya, kelompok hari ini masih dari pelajar UPSI. Kebetulan ada seorang ini perlukan kompleks kuarantin (Quarantine Complex)
"Quarantine Complex ialah kemudahan asrama, diberikan kepada pesakit yang tidak mempunyai persekitaran rumah yang sesuai untuk tujuan kuarantin dalam tempoh kuarantin (biasanya 2 minggu). Jadi, doktor kena tanya keadaan rumah pesakit untuk buat keputusan ni. Apa yang ditanya ialah berapa ramai bilangan isi rumah (household) serta bilangan bilik tidur & bilik mandi. Bagi pesakit yang tak sesuai, kena uruskan kemudahan kompleks kuarantin. 
Setakat ini, ada beberapa kompleks yang telah disediakan untuk tujuan kuarantin - 
  • IKMAS (telaga Air)
  • ILKKM (Batu 7)
  • IAB (Santubong)
  • LHDN (Kuching)
  • UNIMAS Asrama cawangan Bau (Bau). 
Masa kerja pasukan dulu, kerja uruskan tempahan kuarantin ikut masing-masing. Maksudnya siapa doktor yang jumpa pesakit tu, dialah yang kena buat tempahan dan berhubung pegawai kompleks sana. Tapi berbeza kali ini, pasukan bilik operasi yang tolong uruskan. Terbaik.  

(Hari 4) 7.5.2020 Khamis - symptomatic bay team : Aku, Safarina
Terlebih tidur lepas sahur pula >_<! jadi aku masuk lambat 30 minit. Nasib baik la zon bergejala belum ramai lagi. Kelompok yang aku jumpa hari ni ialah kelompok gereja GNF (GoodNews Fellow) yang mana aktiviti mereka berbalik pada 16.3.2020. Dah sebulan lebih, ada yang terlepas buat saringan rupanya. Selain itu, ada kelompok pelajar IPT (UPSI) lagi.  yang baru balik perlu buat saringan covid pada hari-7 dari tarikh penerbangan. Bahkan terlampau ramai (di zon tidak bergejala la)

semua kerusi dipenuhi orang. Dah macam dewan peperiksaan jadinya

(Hari 5) 8.5.2020 Jumaat - swabbing team - Aku, Lim TX
swabbing hari ini. Alhamdulillah hujan jadi pesakit tak ramai. Ada la dalam 8 orang je untuk sesi petang kami. Sangat lapang

(Hari  6) 9.5.2020 Sabtu - symptomatic bay team - Aku, Safarina
Kerja di zon bergejala. Pesakit bergejala ada la 2-3 orang. Kluster yang aneh sebab indeks primer ialah kes bulan 3. Tiba-tiba rajin datang nak buat saringan. Tapi hari ini zon tidak bergejala menerima ramai pekerja asing (pembinaan Hospital Umum Sarawak) yang datang sebagai kes saringan aktif. Maksudnya inisiatif syarikat sendiri untuk buat saringan walaupun takde indeks risiko. 66 Orang. Jadi zon bergejala ambil separuh untuk kurangkan beban..

(Hari 7) 10.5.2020 Ahad - cuti rehat

(Hari 8) 11.5.2020 Isnin - asymptomatic bay team: Nurul, Aku, Haniza, Haziq
Lagi kumpulan pekerja asing hospital datang buat saringan. Dari hari sabtu lagi terdapat banyak kluster mereka. Mereka datang secara berkumpulan dalam hari yang berasingan. Dan semuanya warga indonesia. Ada la dalam 400 orang total ^-^! Penat tangan nak menulis.

(Hari 9) 12.5.2020 Selasa - asymptomatic bay team: Haniza, Aku, Patrick, Lim TX, Haziq
Sambung lagi kumpulan pekerja asing datang beramai-ramai. Juga ada kumpulan pelajar IPT juga..

(Hari 10) 13.5.2020 Rabu - Swabbing team : Aku, Lim TX, (backup) Patrick
Jaga swabbing hari ini. Sesi kami saja ada 136 orang. Cuaca panas. Aku hampir serah kalah dan tidak mampu puasa. Nasib baik Patrick datang sebagai bantuan. Oh ya, kelompok masih sama, pelajar IPT yang balik ke Sarawak. Aku tak jumpa kluster pekerja pembinaan blok hospital hari ini.

(Hari 11) 14.5.2020 Khamis - asymptomatic bay team: Aku, Fakri, Lim TX, Nurul, Haniza
Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, zon tidak bergejala dikerumuni ramai klien! Jadi siap-siap pembahagian 5 orang terus di zon sini. Masa mula bertugas hari ini, memang ramai, namun beransur petang bilangan klien lebih terurus. Alhamdulillah. Cuaca pun tak bahang sangat. Walaupun meja aku jauh dari kipas tapi masih dapat bertahan. 

Kelompok hari ni, masih terdiri daripada kumpulan pelajar IPT yang balik Sarawak. Aku jumpa dari UMS, UTM, UITM. Juga masih ada kelompok pekerja pembinaan blok hospital (warga asing) yang diarahkan buat saringan. Arahan dah dapat. Calit saja semua orang yang datang. 

(Hari 12) 15.5.2020 Jumaat - asymptomatic bay team: Fakri, Haziq, Patrick, Haniza, Aku.  
Hari terakhir 'pasukan semasa' (current team). Terima kasih banyak rakan seperjuangan: Safarina, Haziq, Patrick, Lim TX, Nurul, Azila, Fakri. Semoga bertemu lagi masa hadapan. 
Hari ini aku kerja di zon tidak bergejala. Kelompok pelajar IPT masih mendominasi bilangan yang datang hari ini. Ok la cuaca tak panas sangat, boleh kerja selesa. Cuma zon swabbing telah penuh dikerumuni pesakit. Jadi aku diminta membantu sana. Kasihan doktor yang bertugas di sana sekarang tak menang tangan dibuatnya. Safarina macam nak pengsan. Jadi Aku datang tolong, dan kemudiannya Lim TX pun datang sama..
"Masa untuk balas budi atas pertolongan tempoh hari. Kena membantu sesama kita.."
(Hari 13) 16.5.2020 Sabtu - rehat hari ini

(Hari 14) 17.5.2020 Ahad - symptomatic bay team : Aku, Rafah
Zon bergejala sangat tenang hari ini. Alhamdulillah. Tapi aku tengok zon swabbing sangat penuh dengan pesakit. Teringat satu masa lalu aku jadi swabber, Haziq turun tolong selesaikan kertas kerja (tulis label, sahkan nama pesakit). Maka kali ini aku pula yang ingin membalas budi tersebut kepada kawan kerja kali ini..

(Hari 15) 18.5.2020 Isnin - Ops team : Aku, Naqib, Norman
Naqib minta tolong kerja di bilik operasi! Bidang kerja hari ni kena telefon pesakit dari senarai untuk tetapkan temujanji ujian saringan. Antara pelajar yang tersenarai ialah dari Universiti Malaysia Kelantan. Menariknya aku telefon kelompok ini, ramai sangat pandai berbahasa melayu walaupun kaum bukan Melayu.

(Hari 16) 19.5.2020 Selasa - Asymptomatic bay team : Aku, Sii, Fong, Faiz
Hari ini teradapat kelompok pelajar IPT yang datang buat saringan sebelum pulang ke Sabah. Disebabkan kes di Sabah timbul semula baru-baru ini. Maka semua orang yang nak balik Sabah kena buat saringan.

(Hari 17) 20.5.2020 Rabu - Ops team : Aku, Naqib, Norman
Sekali lagi, Naqib minta aku tolong di bilik operasi. Tugas hari ini lebih kepada kertas kerja. Isi borang pesakit yang bakal hadir temujanji esok. Kelompok pesakit yang bakal mendatang ialah kelompok maahad tahfiz Sarawak. Ini sekadar kes saringan semata-mata sebab baru-baru ini ada pula kes timbul dari kluster tabligh terdahulu. Yang keduanya ialah pelajar IPT yang akan balik ke kampung di Sabah. Disebabkan kes di Sabah timbul semula, maka semua orang yang nak balik Sabah kena buat saringan.

(Hari 18) 21.5.2020 Khamis - swabbing team : Aku, Faiz
Beraksi di zon calit hari ini. Oh ya, terdapat kluster pelajar nak balik Sabah saat akhir kena buat saringan pula. Jadi cara-cara buat calit ujian pantas (rapid test swab) untuk antigen covid. Sedikit berbeza, sebab selalunya ujian pantas ni melibatkan sampel darah. Tapi untuk periksa antigen ni guna sampel calit (swab) pula. Tapi tak perlu buat dua kawasan calit (OP/NP), sebaliknya hanya perlu NP sahaja (lebih mudah sikit tak perlu bergelut dengan pesakit suruh buka mulut)

(Hari 19) 22.5.2020 Jumaat - Ops team: Aku, Faiz, Fong, Sii, Naqib, Norman
Awalnya aku ditempatkan di zon tidak bergejala. Namun didapati pesakit tak banyak hari ini. Maka pelan berubah. Tinggal di bilik operasi untuk tolong apa yang patut. Lebih kepada telefon pesakit untuk buat temujanji esoknya. Itu pun, banyak dah selesai. Jadi, memang sangat lapang hari ini. Alhamdulillah sangat. 

(Hari 20) 23.5.2020 Sabtu - asymptomatic bay team : Aku, Fakri, Faiz, Fong
Ingatkan semalam lapang, harap-harap hari ni pun lapang. Tapi rupanya sangkaan meleset pula. Ramai pula hari ini. Oh ya, ada 3 kelompok utama
  • Kelompok swasta (KPJ Kuching 19.5.2020 klinik mengandung) - ada kontak yang dipanggil untuk saringan ada kes terbaru dari KPJ. Banyaknya kontak tidak langsung (tak kenal pun indeks pesakit)
  • Kelompok warga indonesia yang kemalangan jalan raya 19.5.2020. Mengalami kepatahan (fracture) tulang pelvis yang teruk dan perlukan pembedahan. Namun, saringan covid pra-pembedahan tengok-tengok ada positif antibodi pula.. Habis satu keluarga kena buat saringan juga..
  • Kelompok pegawai TUDM - datang buat saringan sebab mereka baru je mendarat di Sarawak semalam. Disebabkan garis masa masih awal, gamaknya kena buat temujanji hari 7 untuk mereka. 
(Hari 21) 24.5.2020 Ahad - CUTI RAYA AIDILFITRI
Hari ni tak buka sebab cuti raya

(Hari 22) 25.5.2020 Isnin - rehat

(Hari 23) 26.5.2020 Selasa - symptomatic bay team : Aku, Fong CY
Jaga zon bergejala hari ini. Pesakit tak ramai, jadi tugas kami lebih kepada sokongan bilik operasi untuk menyediakan borang. Oh ya, lagi pelajar IPT datang untuk buat saringan. Kali ini sasaran pelajar Kolej Teknologi Sarawak. Ada pelajar yang nak balik Sabah, jadi kena buat saringan Rapid Test Antigen (swab) untuk mereka. Oh ya, zon swabbing penuh. Kononnya aku nak turun, tapi Fong dah turun dulu.

(Hari 24) 27.5.2020 Rabu - swabbing team: Aku, Azif
Hari ni jadi swabber. Kelompok yang datang hari ini ialah pelajar politeknik kuching pula. Oh ya ada kluster baru pulak. Kelompok Syed anwar dan Sim, entah tak tahu dapat dari mana.. Swabbing penuh hari ni, alhamdulillah MA Sam boleh tolong buka kaunter sendiri. Jadi kami masing-masing je..

(Hari 25) 28.5.2020 Khamis - support ops team : Aku, Fakri, Naqib, Norman
Hari ini dijangka tak ramai. Jadi aku dan Fakri ditarik untuk tolong pasukan bilik operasi. Apa lagi. Kerja telefon orang untuk buat temujanji.
Sementara itu, pasukan yang ada akan menamatkan tempoh kontrak di pusat saringan. Mereka akan balik ke klinik masing-masing dan akan digantikan oleh orang lain pula. Bergilir-gilir setiap dua minggu. Dalam pada itu, Aku & Zailani (MO UTC) kami tak ada tempat pulang, jadi kami adalah petugas tetap di pusat saringan (dengan kata lain, takkan bergilir-gilir balik klinik pun). Ada orang cuba ambil kesempatan untuk tarik aku jadi bilik operasi 

Tugas di bilik operasi lebih kepada pengurusan & kumpul data semata-mata. 
  • Kerja dalam waktu pejabat (8-5)
  • Berlatarkan tempat yang selesa (boleh rehat & minum-minum sambil-sambil
  • Tak perlu pakai baju perlindungan covid.
  • Boleh tuntut elaun kerja hari sabtu 
Namun begitu, pasukan operasi kekurangan masa rehat. Pasukan turun lebih masa rehat (tapi tak dapat tuntut kerja hari sabtu sebab masa bekerja yang kurang.Kami kerja shif 8-1 atau 12-5). Jadi, persoalan di sini mereka yang memindah tugas kerja bilik operasi kepada aku & Fakri. Dan diminta untuk tagging esok tugas di bilik operasi..
Aku secara peribadi sanggup mencuba. Cuma kebetulan jadual esok shif pagi pasukan aku kekurangan orang (asalnya 8 orang, tapi ditolak aku & Fakri menjadi 6 orang sahaja). Sementara pasukan yang satu lagi shif petang masih lagi kekal 8 orang. Maka, aku bertelagah sedikit memohon agar pasukan diimbangkan (tarik seorang untuk tolong shif pagi), agar aku tak perlu turun padang juga dan fokus kerja waktu pejabat di bilik operasi. Namun, malangnya pendapat aku tak mendapat sambutan..
(Hari 26) 29.5.2020 Jumaat - asymptomatic team: Aku, Azif, Fong
Maka dijadikan kisah. Memang shif pagi tu ramai orang!! Aku dah kata, kalau 6 orang saja di jaga padang tak cukup. Maka setelah berbincang semula, Naqib setuju aku tak perlu gantinya di bilik operasi (dia kekal saja). Lalu aku pun turun padang untuk membantu zon tidak bergejala. Kelompok hari ini ialah pelajar politeknik Kuching yang akan balik ke Sabah. Macam biasa kena buat saringan. 

(Hari 27) 30.5.2020 Sabtu - hari rehat

(Hari 28) 31.5.2020 Ahad - hari rehat
Berita baik! Hari ahad dijadikan hari cuti. Pusat Saringan covid-19 tidak lagi buka pada hari ahad. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)