[JomBaca] Anda & Kereta
JOM BACA! Sayangnya waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) aku tak isi dengan aktiviti membaca.
--- Deskripsi (kulit belakang) ---
Kisahnya, aku bekerja di baris hadapan. Sedikit menghadapi tekanan emosi bahawasanya aku bekerja setiap hari tanpa rehat (baca entri Diari MO KK - Baris Hadapan 1,2,3) serta bidang tugas yang agak kritikal (tak tahu menahu tentang prognosis semasa penyakit covid) jadi mood membaca memang tak datang pun. Satu lagi, bersempena musim PKP, aku terhalang pergi ke tempat membaca buku yang kondusif..
Buku ketiga untuk tahun ini (^-^! lepas ni kena baca laju sikit untuk kejar sasaran 12 buku setahun)
Cantik Belum Tentu Selamat
Tahu hidupkan enjin dan pandu sahaja tidak memadai!
Penulis : Dato' IR Haji Mohammad bin Dalib
Beliau adalah mantan PEngarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (2008 - 2019). Kerjayanya di JPJ bermula sebagai pemeriksa kereta motor. Berpengalaman 40 tahun berkecimpung dalam pembangunan automotif industri serta perundangannya di peringkat tempatan dan antarabangsa
Pengerusi Majlis Piawai (Kenderaan) SIRIM dan ASEAN Automotive Products Working Group ini adalah pakar pandu uji kenderaan negara. Merupakan jurutera profesional sejak 2001 dengan kelulusan tertinggi Automotive Design & Manufacturing Engineering dari University of Sunderland, England.
Beliau merupakan personaliti radio yang bersiaran setiap minggu di empat stesen radio - IKIM FM, KL FM, Asyik FM dan Perlis FM. Beliau juga sering diundang bagi menyampaikan ceramah, forum dan temubual berkaitan kenderaan
Penerbit : Galeri Ilmu
Bil halaman/ muka surat : 170
--- Deskripsi (kulit belakang) ---
Hampir setiap hari kita berinteraksi dengan kereta. Rugi kalau kita hanya tahu mencantikkan kereta dan mencucinya hingga berkilat tetapi jahil tentang kereta. Jadilah pengguna kenderaan yang berilmu dan bermaklumat. Sama ada anda pemilik, pemandu atau hanya jadi penumpang kereta, buku ini akan membawa anda lebih dekat dengan kereta. Anda akan kenali luaran dan dalaman kereta. Anda juga akan tahu bagaimana menjaganya dengan betul.
Pengetahuan anda tentang kereta dan penjagaannya akan membantu:
- Memanjangkan jangka hayat kereta
- Mencegah kerosakan yang boleh dielakkan
- Memahami ragam kereta dan tidak panik ketika berlaku kerosakan
- Menjimatkan wang untuk baik pulih yang boleh dielakkan
- Memiliki kereta yang sedap dipandu, kurang ragam dan selamat
- Mencegah kemalangan akibat membiarkan kereta dalam kondisi tidak selamat untuk dipandu
Markah (peribadi) : 5/5
اکو سمڤاي سکارڠ ماسيه بلوم ممڤوڽأي کريتا ميليک سنديري. ستاکت اين اکو اد کريتا واريسن کلوراݢ (درڤد ارواه امق) نامون اکو لبيه مڠݢمري موتوسيکل بربنديڠ کريتا. سودهڽ اديق اکو امبيل اليه ڤڠݢونأن کريتا سرتا ڤنجاݢأنڽ
لڤس برکهوين اکو سمبوڠ باير کريتا ايستري. ايتُ ڤون بلوم چوکوڤ قوات اونتوق اکو مولا منچينتأي کريتا دان امبيل تاهو علمو کريتا. بهکن ايستري لبيه عريف تنتڠ تيکنيک کريتا دان ڤرمسألهن برکايتن کريتا
.نامون الحمدلله اکو دبري اِلهام اونتوق بلاجر تنتڠ کريتا. دولو اکو تق تاهو اڤ داي overdrive سيستم
ايستري اد جلسکن تاڤي اکو تق فاهم لڠسوڠ. لڤس باچ بوکو اينِ بارو اکو تاهو.
. دان اکو برشُکور کران اکو لبيه فاهم اڤ يڠ ڤرلو تنتڠ کريتا
تتڤ ساتو فکتا بهاوا سلام اينِ اکو لالاي دالم منجاݢ کريتا تاڤي لڤس اينِ اِن شاء الله اکو بروبه منجادي لبيه ڤکا. تريما کاسيه کڤد ڤنوليس کران مڠاجرکن اکو تنتڠ کريتا
Komen (peribadi)
Bagi aku buku ini sangat terperinci - mencakupi semua komponen kereta dan ilmu asas yang perlu diketahui. Casis, Enjin, Tayar, Transmisi, Bahan Bakar, Penghawa dingin, Elektrik, Brek.. semua diberi liputan menyeluruh. Beserta tips-tips penjagaan kereta.
Walaupun terdapat istilah teknikal automotif, namun aku dapati penulis telah menyampaikan dalam bahasa yang lebih mudah faham. Dan menariknya penulis memilih untuk menggunakan istilah bahasa melayu berbanding istilah popular bahasa inggeris (Misalnya "brek tangan" berbanding "handbrake"). [nota - tapi mestilah istilah asal bahasa inggeris masih ada untuk rujukan]. Dan aku hormati jati diri mengangkat martabat bahasa melayu. Terbaik
Buku ini beserta infografik dan bergambar. Jadi takde la bosan sangat menyelak satu laman ke laman yang lain. Serta banyak pembahagian subtopik memudahkan pembacaan (senang nak tanda berhenti baca sampai mana).
Secara tuntas, aku kata buku ini mesti ada buat semua pemilik kereta. Bahkan kalau persekitaran membenarkan, simpan satu dalam kereta. Senang nak rujuk kalau tiba-tiba bateri kereta mati ke atau nak tukar tayar ke di tengah-tengah hutan (takde talian telefon untuk cari maklumat di Google)
نق توکر ݢيار اَوتو ڤون اد تيکنيک جوݢ روڤاڽ. کالي ڤرتام اکو لبيه تاهو دَرِڤَدَ ايستري |
Ulasan