Diari MO KK - Peristiwa Baris Hadapan Covid-19 (Pusingan 3)

Aku dengar bulan ini pusat saringan covid-19 di KBS ialah bulan terakhir.. Jadi penulisan ini mungkin catatan akhir kerjaya aku di baris hadapan.. Jom mula

1.6.2020 Isnin - cuti umum sebab hari gawai..

2.6.2020 Selasa - rehat
Pusat saringan buka separuh hari bersempena perayaan gawai. Kebetulan hari ini pasukan aku masuk petang jadi dapat la sehari lagi cuti. Yeah

3.6.2020 Rabu - swabbing team : Aku, Lee
Oh ya, mulai hari ni berlaku pertukaran anggota petugas (doktor). Pasukan yang ada masuk klinik masing-masing, dan diganti pula dengan orang lain. 
Team B - Aku, Natasia, Audrey Teo, Florence, Lee Chai Chin, Safarina, Azila, Lim TX* (*MC sebab kemalangan)
Team A - Haziq, Zailani, Pariksit, Asri, Lynda, Shamin, Sim, 

Oh ya, sebab aku seorang je lelaki dalam Team A, tiba-tiba aku jadi koordinator untuk buat agihan staf di pelbagai zon. Maka sebarangan je aku sukarela untuk buat swabbing. Oh ya, Lee Chai Chin adalah kawan aku di KKJM, kali pertama di sini. Maka aku kena ajar & selia kerja di swabbing. Oh ya, hari ni pesakit boleh tahan ramai juga. Ramai pelajar yang buat saringan sebab baru balik dari luar sarawak. Ada la dalam 60 orang juga..

4.6.2020 Khamis - Ops team room - Naqib, Fakri. Support - Aku, Asri, Sim
Oh ya, Haziq mesej aku agar bertukar pasukan pula (aku masuk team A dan sebaliknya) atas alasan peribadi. Pada mulanya aku berat hati sebab jadual team B dah cantik. Tapi, akhirnya aku bertukar juga lepas bersua muka dan berbincang. 

Maka hari ini, aku mula menyertai team B pula. Oh ya, oleh sebab jangkaan pesakit semakin menurun pada akhir-akhir ini. Bilik operasi menetapkan agar petugas yang perlu 'donning' pakai baju pelindung hanya separuh sahaja (dari 8 orang petugas hanya 4 sahaja diminta masuk dulu). Yang lain, bersiap sedia di bilik operasi sambil buat kerja kertas. Maka sebab semalam aku dah turun padang, hari ni aku duduk di bilik operasi sahaja. Kena siapkan borang untuk pelajar madrasah darul uloom. 

5.6.2020 Jumaat - symptomatic team - Aku
Seperti mana arahan semalam. Hanya separuh sahaja petugas yang diminta masuk. Jadi sebab semalam aku dah duduk rilek, hari ni aku turun padang pula. Bertugas di zon bergejala, tapi seperti yang dijangka tak ramai pun pesakit lantaran kes tempatan (Malaysia) hanya belasan (bukan kes sarawak). Jadi hari ni pun rileks juga

6.6.2020 Sabtu - cuti

7.6.2020 Ahad - cuti (ahad tak buka)

8.6.2020 Isnin - ops room team : Naqib, Fakri. Support: Aku, Sim
Lagi sekali isi borang. Kali ni ada berita tentang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditanggap oleh polis / imigresen. Jadi kena buat semakan status kesihatan untuk mereka. Mereka datang hari ni, jadi aku kena tolong isi borang siap-siap

9.6.2020 Selasa - swabbing team : Aku, Audrey
Oh ya, isteri aku ada temujanji klinik ibu anak hari ni. Jadi aku ubahsuai jadual kerja (tukar shif dengan pasukan yang lain). Maka sebab itulah pasangan kerja hari ni berbeza sedikit. Asalnya aku ditempatkan di zon tidak bergejala. Tapi ketika taklimat pagi, diberitahu ada ramai pesakit ada datang buat swabbing. Jadi dengan cepatnya aku sukarela untuk tolong di zon swabbing. Maka demikianlah kesudahan aku masuk ke swabbing..

Jadi hari ni sambung dari cerita semalam. segerombolan PATI datang untuk buat saringan. Adalah la dalam 60 orang juga (tu yang swabbing perlu lebih orang tu)..
"Team petang pula mendapat arahan untuk buat active case detection (ACD: pengesanan kes secara aktif) di tapak pembinaan Podium (kompleks beli belah + apartmen). Dengarnya ada seorang didapati positif hari ni.."
10.6.2020 Rabu - ops room??

11.6.2020 Khamis - swabbing : aku (solo)
Menghampiri tarikh penutupan pusat saringan covid19 di KBS, aku menawarkan diri untuk bertugas di zon swabbing. Alhamdulillah, kedatangan pesakit adalah bersesuaian dengan kemampuan aku menanganinya.

12.6.2020 Jumaat - kemas-kemas
Hari ni lebih kepada berkemas-kemas sahaja. Terutamanya di zon A (tidak bergejala). Pesakit diarahkan ke zon sahaja untuk saringan tak kira bergejala atau tidak. Jadi aku lebih kepada susun semula kerusi dan lipat meja yang ada

13.6.2020 Sabtu 
Gotong-royong penutupan hari ni. Namun terdapat sebilangan pesakit yang dijadualkan untuk buat saringan. Dari taklimat, pusat saringan ini telah beroperasi selama 81 hari lamanya. 

Bergambar hari terakhir

Zailani, Aku, Naqib, Fakri


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)