Kopi O Corner (AkuRasa)
Aku rasa ramai tahu kedai ni. Sangat popular. Tersenarai antara Tempat-Mesti-Makan kalau datang melawat Kuching. Jadi apa yang menarik kedai ini sebenarnya? Jom kita tengok..
#1 Mana Lokasi Kedai ni?
Setakat yang aku tahu, di bandar Satok (Kuching, Sarawak). Dalam bandar. Takde la jauh sangat. Terutamanya buat mereka yang datang Kuching jalan-jalan dan tinggal di hotel berhampiran Waterfront, aku kata restoran ni masih senang sampai lagi (kena naik kereta juga, tapi jarak tak jauh).
Ada cawangan lain? Aku tak tahu.
#2 Suasana Kedai yang Moden & Hipster
Yang paling ketara aku nampak ialah suasana dalaman kedai ini. Hiasan dalaman bergaya moden & hipster. Ruang makan ialah terbuka (takde pendingin hawa la maksudnya). Tapi tak rasa panas pun. Jadi tak perlu risau.
Kalau datang malam hari, adanya persembahan muzik busking di ruang makan bagi menambah suasana.
[gambar]
#3 Pelbagai Gerai Masakan
Seperti banyak restoran di Kuching ini, Kopi O Corner juga berkonsepkan "medan selera" dengan pelbagai gerai masakan. Antaranya termasuklah;
- Nasi Ayam
- Ayam Penyet
- Sup
- Mi Kolok
- Sate
- Laksa Penang
- Masakan Barat
- Mi Jawa
- Masakan panas
- Roti Canai
- (lupa - maaf)
Sistem pesanan makanan ialah bersepadu - Kau datang duduk di meja, boleh pesan makanan melalui pelayan sahaja. Kecuali ada beberapa gerai tertentu (dalam Kopi O Corner, gerai sate & laksa penang perlu pesan dan asing).
#4 Komen Peribadi Tentang Hidangan
اونتوق ماکنن دِسراواق، اکو ڤمينت ناسي ايم ڤيڽيت دان مي کولوک. جادي مستيله اکونق چوبا راس ماکنن د ريستورن سيني. نامون اکو بوکنله ڤڠکريتيک مکنن يڠ ڤاکر. معاف کالاو تق ڤنداي کومين تنتڠ ماکنن. دان اوه يا، اکو تق مينت ساڠت لکسا سراواق سچارا کسولوروهن، جادي سلالو اکو تق چوبا منو لکسا سراواق
Jadi setakat datang berulang kali ke restoran sini, pengalaman aku & isteri makan sini..
- Nasi Ayam - Aku tak cuba lagi. Tapi isteri banyak kali datang pesan menu ini. Sedap katanya. Aku setakat rasa sup nasi ayam. Ok, aku suka supnya.
- Ayam Penyet - Bagi aku sedap. Sedikit pedas. Boleh 'ulang pesan' (repeat order) kalau la duit mengizinkan (Harga RM12). Tapi secara peribadi, aku mempunyai beberapa lagi kedai menu ayam penyet kegemaran, lagi murah dan sedap. Jadi kalau aku nak makan ayam penyet, sini bukan nombor 1 aku nak pergi..
- Sup (belum cuba lagi)
- Mi Kolok - Bagi lidah aku, biasa & lulus la. Ulang pesan? Mungkin tak. Sebab ada kedai lain yang menyajikan lebih sedap.
- Sate - Sedap! Isteri kalau rindu sate, boleh bawa datang sini
- Laksa Penang (ada keropok lekor juga) - belum cuba
- Masakan Barat - belum cuba
- Mi Jawa - pernah cuba sekali. Boleh tahan. Aku masih tak biasa makan Mi Jawa, jadi tak begitu nak pesan sangat. Selalu minta-minta sikit dari isteri je ^-^!
- Masakan panas (goreng-goreng) - Bihun goreng isteri aku suka. Sementara aku selalu pesan nasi goreng ayam. Ok, boleh la ulang pesan menu ni..
- Roti Canai - ada juga roti canai di sini. RM1 satu, selalu aku pesan menu ni kalau makan sarapan. Tapi jarang datang sarapan sini
ناسي ݢوريڠ ايم. اد سوڤ دان تلور جوݢا. |
!ناسي ايم کوکوس. سدڤ |
ميهون ݢوريڠ ايم RM6 |
70c ساتيّ داݢيڠ دان ناسي ايمڤيت RM1 |
ناسي ايم ڤيڽيت RM12 |
#5 Tag Harga
Aku ada kategori "tag harga" (price tag) peribadi. Untuk Kopi O Corner, aku beri tag harga makan minum seorang dalam RM10-15 seorang.
Makan 💵 (RM10) + Minum 💰 (<RM5)
#6 Bayaran
Zaman sekarang banyak amalan sistem bayaran 'tanpa tunai' (cashless) iaitu menggunakan applikasi di telefon pintar. Menarik di Kuching terdapat applikasi "Sarawak Pay" (sangat aktif di pelbagai kedai & perkhidmatan di sini). Bayar melalui kaedah ini dapat sedikit pulangan wang. Walaupun tak banyak, tapi ada la sedikit penjimatan.
#7 Kesimpulan
Anda datang melancong ke Kuching? Aku setuju Kopi O Corner sebagai salah satu mesti cuba di Sarawak. Kat mana lagi nak rasa pelabagai menu Sarawak dalam suasana yang hipster.
---------
Nota - Aku juga menyediakan pos tentang restoran ini dalam edisi Bahasa Inggeris.
Sila klik pautan ini untuk baca --> [Wordpress] Stream of Thought - Kopi O Corner
Jemputlah.. Terima kasih
Ulasan