Secret Recipe (AkuRasa)
Tiba-tiba isteri mengidam menu chicken chop pula. Dan serta-merta terus dia mencadangkan agar makan luar di Secret Recipe.
Restoran ini tergolong dalam kategori kafe & kek. Jagi pertamanya, ia terkenal dengan pelbagai kek yang sedap. Rupanya terdapat beberapa kategori sajian kek
Secret Recipe
#1 Mana Lokasi Kedai ini?
Setakat tarikh 2020, terdapat banyak cawangan dan premis Secret Recipe di dalam dan luar negara Malaysia.
#2 Suasana Kedai yang Selesa
Restoran ini ialah dari jenis restoran tertutup dan berhawa dingin. Terdapat sebilangan cawangan juga menyediakan ruang makan terbuka. Tapi majoriti dari premis lebih kepada ruang tertutup. Ruang makan boleh jadi berupa meja makan piawai atau sofa duduk untuk tujuan santai.
#3 Pelbagai jenis hidangan kek serta hidangan terpilih Asian & Barat
ناسي کاري جڤون دان ڤوتوڠن ايم سدڤ |
- Kek siri krim (cream)
- Kek siri keju (cheese)
- Brownies
- Kek edisi premium
- Kek segi empat (square)
Selain menu kek, restoran ini juga menyediakan beberapa menu istimewa meliputi sajian makanan Asia & makanan Barat. Dan menu kanak-kanak juga tersedia untuk dihidangkan. Terbaru ada menu Korean & Menu Jepun
#4 Komen peribadi
Aku akui menu kek sangat sedap. Bahkan aku mempunyai perisa kek kegemaran sendiri (dari siri krim) yang dibeli terutamanya jika terdapat keraian. Namun, aku jarang datang ke kedai ini.
ريستورن اينِ تيدق ترماسوق دالم سناراي کيمڤين بلي ڤرودوک مُسلِم. داري ݢاريس ماسَڽَ، ريستورن اينِ دِأسسْکن اوليه ستيۏون سيم (بوکن مُسلِم) ڤد تاهون ١٩٩٧ دان کموديانڽ اي تروس برکمبڠ ماجو. جادي جوجور چاکڤ، اکو کبرتن اڤبيلا ايستري اجق اونتوق ماکن د سيني. سدڠکن بوليه چاري باڽق کداي لأين يڠ ستنديڠ
Aku terbaca satu dapatan yang membimbangkan dari salah satu slaid pembentangan oleh Aisyah Atasha di slideshare (sila rujuk pautan slideshare (secret recipe))
ساله ساتو تيکنيک ڤماسرن يڠ دعملکن اوليه ريستورن اينِ اياله اي مڠناکن هرݢا ماکنن ٣٠ ڤراتوس لبيه تيڠکي داري هرݢا ڤاسرن. دقيصهکن بهاوا هرݢا ترسبوت اياله سدميکيان اونتوق منمڤوڠ کوس اوڤراسي ريستورن. دان دسببکن ڤلڠݢن تق قيصه، مک مريکَ تق برنية اونتوق مڠورڠکنڽ ڤون
#5 Tag Harga
Seperti mana khabar tersebut, tag harga restoran ini ialah RM20-30 seorang. Spesifiknya anggaran..
Makan 💵💵 RM20 + minum 💵 RM10
Oh ya, restoran ini mengenakan cukai perkhidmatan dan ditambahi SST juga
#6 Bayaran - terdapat sistem bayaran tanpa tunai (apps Shopee pay / kad bank)
#7 Kesimpulan
Dari segi suasana persekitaran & menu, restoran ini selesa untuk lepak & santai. Tapi secara peribadi, tidak digalakkan sebagai restoran kerap (regular) anda. Mungkin, untuk tujuan keraian sekali-sekala (hari ulang tahun / makan kek) itu tak mengapa. Tapi kalau nak selalu datang makan sini, aku & keluarga aku mungkin tidak..
sementara itu, dari aspek kempen BMF, anda dah salah sasaran restoran.
Ulasan