کوڤي ساتو^-^! کنا بَايَر اونتوق دودوق سيني ڤولا Antara salah satu usaha untuk membaca ialah tetapkan jadual (masa & tempat) membaca yang spesifik dalam sehari.. Kalau macam aku, selalunya aku pilih waktu rehat tengah hari (1-2petang) hari bekerja. Alhamdulillah, berhampiran dengan tempat kerja aku tersedia satu ruang membaca yang boleh aku luangkan masa di sana.. Kalau kat rumah (misalnya: hari cuti), aktiviti membaca langsung ke laut ^-^! Apa-apa pun, ini buku keempat (ke-4) bagi tahun 2020. JOM BACA! (walaupun sasaran masih jauh lagi, jangan mengalah) کوليت بوکو PARENT, THINK! Kerana anak bukan sekadar anugerah, bahkan amanah Penulis : Bonda Nor - penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspress-i (cogankata facebook) Ammar Kamilin - Abah yang suka menulis tentang psikologi anak-anak, pendidikan, inspirasi, famili (cogankata facebook) Penerbit : Galeri Ilmu Bil halaman : 292 muka surat Deskripsi (kulit belakang)...