Annuar BBQ Steambot (AkuRasa)

Baru ni, tuan rumah sewa ajak makan malam bersama-sama. Jadi aku & isteri pun bersetuju untuk turut serta. Tempat pilihannya ialah Annuar BBQ Steamboat.
Dah 5 tahun aku menetap (bekerja) di Sarawak, ini baru kali pertama aku datang ke sini sejak sekian lama. Dulu masa belajar di UNIMAS, pernah datang dengan kawan-kawan. Tapi lama sangat dah rupanya..
ستيسين بوات 
Annuar BBQ Steambot
Selalunya makanan Stimbot ini diniagakan oleh kaum Cina, jadi Annuar Steambot antara restoran stimbot pertama yang dijalankan oleh kaum Melayu. Insya-allah halal terjamin. Serta pastinya ada tag "BMF" di sini. 

--- promosi di kedai sendiri, aku terjemah ke melayu-jawi ---

 کوچيڠ ترلتق دِ ݢاريسن خَطُّ الأِ سْتِوَاء. اينِ برمعنَي  چواچا ڤانس دان اورڠ راماي لبيه سوک برڤينده انتاري بيليق٢ سجوق دالم باڠونن سمبيل برڤاکاين ديڠين. ستله برڤانسن دِسياڠ هاري، مالم يڠ ڽامن ڤون داتڠ ممبواتکن اورڠ سليسا دان بيبَس کلوار منجلجه. نامون اڤَ لاݢي يڠ مناريق سلأِين ماکن؟ کالي اينِ، نِعْمتي ڤڠالمن برهرݢا ماکن مالم دالم سواسانَ تربوکَ، دالم کݢلَڤَن ملم دِ باوَه سينرن بولن  دڠن منجامو سليرا د ريسوترن اينِ

#1 Kat mana lokasi kedai ini? 
Di persiaran (jalan) Ban Hock, bandar Kuching. Hotel yang paling terdekat ialah Telang Usan Hotel. Namun, dari sini boleh nampak beberapa mercu tanda (landmark) bangunan UTC Kuching dan lain-lain. Senang dicapai (tapi kena naik kereta juga la baru selesa)
Waktu operasi 6 petang -11 malam

#2 Bahan bahan masakan di dalam, ruang makan di luar
Restoran ini ialah dari jenis restoran BBQ. Aku rasa saiz restoran ni sebesar 2-3 lot kedai (besar juga), Tapi semua ruang dalam restoran adalah khas untuk bahan mentah sahaja. Sementara ruang makannya terletak di persisiran jalan raya (dengan hiasan taman menhijau dan lampu neon). Sangat luas dan banyak. Oh ya, walaupun di persisiran jalan, namun kereta yang lalu-lalang ialah kereta pelanggan sahaja (takde kereta rawak dari jalan besar). Jadi tak sibuk / sesak pun..

ادا سوراو د تيڠکت اتس

Ada surau di tingkat 2 (tapi aku tak pernah jejak lagi). Tandas ada di tingkat bawah - jenis kongsi tapi ada satu sahaja. Kalau musim ramai pelanggan susah juga kalau semua nak guna tandas. 



#3 Menu BBQ 
Di bahagian dalam kedai, pelanggan bebas boleh ambil bahan mentah berupa daging, udang & ayam. Ada yang telah diperap, ada yang tidak. Terdapat juga sayur-sayuran. Terdapat juga stesen untuk buat cicah. 

Terdapat juga masakan yang dah siap (ambil secara layan diri) tapi terhad juga; Kari Daging, Kari Kambing, Ayam Pansuh. 
Ada pilihan nasi putih / nasi tomato
Ada mihun yang boleh disaji dengan sup atau kuah laksa sarawak juga di sini..

ستيسين مينومن اير مانيس لايَن ديري

Minuman yang tersedia (layan diri) : Kopi O panas, Teh O panas (ada gula & krimer boleh bubuh sendiri). Air manis termasuk air teh hijau kundur & air anggur. Oh ya, aku tak jumpa balang air kosong (mungkin kena minta bantuan pelayan?) Selain air yang tersedia, boleh pesan air tin (dengan bayaran berasingan)

Ada juga stesen layan diri ABC & aiskrim sebagai pencuci mulut.

(aku rasa ni piawai la semua kedai stimbot ada ciri ni)
Di meja makan masing-masing, ada "dapur memasak" (stove)
dengan kuali khas - berbentuk piring dan periuk di tengah. . Periuk boleh dibuat tomyam atau sup ayam (ada pati disediakan atas meja). Ada cerek air berhampiran untuk tambahan kuah (bila perlu)

Api akan dihidupkan apabila pelanggan didudukkan oleh meja (maksudnya pelayan akan bawa pelanggan ke meja dan hidupkan api).

#4 Komen Peribadi
ايسکريم جنيس کون. اد ڤلباݢاي ڤريسا بوليه ڤيليه

Jujur cakap, aku tak biasa makan menu stimbot sangat (faktor harga sebenarnya) Tapi setakat pengalaman aku, menarik juga la. Sebab kita ambil bahan makanan dan masak sendiri. Ikut citarasa sendiri la nak masak takat mana (ada orang betul-betul hingga masak, ada pula suka separuh masak). Jadi ikut kehendak sendiri. Bahan makanan dipotong kecil, supaya tiap-tiap orang boleh ambil kuantiti yang diingin. Slot dapur (stove) juga dibahagikan, jadi tiap-tiap orang ada kawasan memasak sendiri. 

Makan stimbot ini aku suka ambil peluang untuk cuba-cuba makanan. Masa ni la nak cuba rasa udang, atau kambing (ambil satu je, kalau tak suka jangan ambil lagi ^-^!) Atau cuba-cuba cara masak takat yang macam mana. 


ساتو لاݢي ڤتي سيمڤنن باهن ماکنن

#5 Tag Harga 
Harga terbaru (2 Julai 2020) kedai ini ialah.. (bayaran ialah mengikut bilangan tetamu)
  • RM35 bagi seorang (remaja & dewasa) 💵💵💵💵
  • RM18 (4-11 Tahun) 💵💵
  • PERCUMA bagi kanak-kanak bawah 4 tahun.
Kalau ada pesan air (yang tidak terdapat di stesen) kena caj berasingan. Misalnya air mineral atau air berkarbonat.

Kalau ada makanan yang tidak dihabiskan, kena bayar 'denda'. Jadi kena beringat sikit. Jangan ambil sewenang-wenangnya

#6 Bayaran - tunai macam biasa.

#7 Kesimpulan
Anda datang ke Kuching sebagai pelawat? Aku rasa restoran stimbot banyak terdapat di pelbagai negeri lain. Takde beza (dari segi rasa) makan stimbot di Kuching atau di negeri-negeri lagi. Tapi kalau untuk rasa suasana, terpulanglah pada kehendak masing-masing (kalau dah selesai ronda-ronda Kuching)..

Anda bukan pelawat (dengan kata lain, penduduk Kuching)? Restoran ini boleh dibuat makan-makan keluarga / reunion dengan kawan-kawan. Sekali-sekala boleh la (bergantung pada belanjawan masing-masing).

Kalau teringin sangat nak makan stimbot di Kuching, memang aku sarankan restoran ini sebagai pilihan. Muktamad. ^-^







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)