Yalla Yalla (AkuRasa)

Tiba-tiba nak makan makanan Timur Tengah?! Mana nak cari di Kuching ni, eh?
Bila taip dalam carian google, keluarlah nama restoran ini sebagai salah satu cadangan.
Jom Cuba..

Yalla Yalla
Macam pengenalan tadi, restoran ni khas menyajikan menu Timur Tengah. 

#1 Kat mana kedai ni??
Berhampiran bulatan Simpang Tiga (aku tak pasti penamaan ni betul atau salah, kalau salah mohon tegur ya). Laluan ke arah bangunan KWSP / Universiti Swinburne / Borneo Medical Centre (hospital). Terdapat lot kedai yang berhampiran. Maka di situ la kedainya.

Cawangan lain?? Entah.



#2 Reka bentuk sempoi
Sempoi kedai ni. Saiznya kecil (hanya 1 lot kedai sahaja), hiasan
dalaman pun tak berapa sangat. Tapi boleh tahan ramai juga pelanggan yang datang, sehingga kena buka meja di koridor depan. Oh ya, kedai makan ini tertutup (berhawa dingin) tapi kalau penuh terpaksa la duduk luar tanpa hawa dingin. 



#3 Menu Timur Tengah
Pilihan menu agak terhad - yang asas (tengok gambar). Sesuai dengan saiz kedai juga la. Banyak menu nanti tak menang tangan dibuatnya kalau pelanggan pesan macam-macam.

Untuk menu minuman juga agak terhad - kopi, teh, sirap, air kosong dan air tin bergas. Tapi yang menarik sikit bagi minuman ialah selain airbergas, minuman boleh isi-semula (refill) tanpa had (konsep bottomless). Jadi boleh minum sepuas hati 

#4 Komen Peribadi
Secara jujur aku tak pandai sangat menu timur tengah ni. Setakat pesan menu nasi je. Hidangan nasi beserta mayonis dan 'sambal' (tak pedas pun). 
  • Nasi Ayam Mandy - Sedap. Aku suka. Makan ayam bercicah dengan mayonis, sangat menyelerakan. "Sambal" dia aku tak minat sangat  
  • Nasi Kambing Mandy - belum cuba lagi (faktor harga, bukan peminat kambing)
  • Shawarma dengan Nasi - isteri selalu pesan menu ni. Lauk potongan daging bakar (macam kebab tu). Lain semua sama dengan Mandy. Sedap juga.
  • Shawarma ayam - belum cuba lagi
  • Lipatan Falafel - belum cuba lagi
  • Daging ayares - belum cuba lagi
  • Shawarma Arab Ayam - aku tak pasti apa beza dengan Shawarma ayam. Isteri pernah cuba sekali (beli saiz kecil). Rasa macam kebab bazaar / pasar malam juga la.
  • Hummus Bil Taheena (apa ni?) - belum cuba
#5 Tag Harga
Makanan harga tinggi sikit <RM15
Minum masih harga munasabah lagi <RM5
Datang kedai ni siap-siap sedia duit dalam RM15 seorang.

#6 Bayaran & Perkhidmatan
Boleh bayar tunai, ada juga tanpa tunai (Sarawak Pay). Bayar terus selepas buat pesanan.
Kedai ni tidak mengenakan cukai perkhidmatan pun. 

#7 Kesimpulan
Kalau teringin nak makan nasi Mandy / Shawarma, rekomen sangat datang sini. Kedai ni ramai orang, terutamanya pelanggan KWSP selalu singgah sini selepas berurusan. Pelajar universiti pun selalu datang sini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)