[JomBaca] Parent, Think!
کوڤي ساتو^-^! کنا بَايَر اونتوق دودوق سيني ڤولا |
Apa-apa pun, ini buku keempat (ke-4) bagi tahun 2020. JOM BACA!
(walaupun sasaran masih jauh lagi, jangan mengalah)
Deskripsi (kulit belakang)
Pada saat aku dapat buku ni, aku tak kenal siapa watak penulis berdua ni.. Langsung tak kenal. Tapi bila ditelusuri bahagian "Apa Kata *Pengikut (Follower)" tentang penulis masing-masing memberikan pujian & kekaguman terhadap mereka. Maka dari situ, tahulah aku bahawa mereka ini bukan calang-calang..
Kerana anak bukan sekadar anugerah, bahkan amanah
Penulis :
Bonda Nor - penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspress-i (cogankata facebook)
Ammar Kamilin - Abah yang suka menulis tentang psikologi anak-anak, pendidikan, inspirasi, famili (cogankata facebook)
Penerbit : Galeri Ilmu
Bil halaman: 292 muka surat
Deskripsi (kulit belakang)
Kita jadi mak ayah ni kena faham beberapa perkara. Kita boleh berusaha, tapi hidayah dan hasilnya tetap milik Allah. Jadi, jangan perah sangat hati kita untuk selesaikan semua masalah dengan segera. Jangan perah sangat anak kita untuk ikut semua perkara yang tampak baik pada pemikiran kita.
Kena faham, setiap perkara yang akan berlaku, ada jalan-jalannya. Kadang lurus. Kadang berliku-liku.
Mungkin anak kita berjaya menerusi tunjuk ajar kita. Mungkin juga dia akan berjaya menerusi pengalaman daripada kesilapannya. Kita tak tahu. Kita tak tahu jalan kejayaan anak kita yang mana satu!
Jadi, dalam pada kita berusaha, belajar sabar. Belajar redha. Dan paksa diri percaya pada setiap ketentuan Allah!
بوروق مريکَ، تݢور دڠن تݢس. بأِيق مريکَ، ڤوجي دڠن إِخلاص. حوکومن دان ݢنجرن بيار سلاري دڠن سيتواسي - بوندا نور
کيتَ بوکن ماهو انوݢره باڤَ اتاو ايبو تربأيق دِ دُنيا. چوکوڤله انق٢ ترديديق، بأِيق بودي دان مندڠر کاتَ - أمَّر کامِلين
Markah (peribadi) : 5/5
Komen (peribadi)
انتارا توڤيک ڤربينچڠن هاڠت بوکو اينِ |
Haah, betul. Aku bukan seorang bapa. Belum lagi. Mungkin Allah kata aku belum bersedia lagi untuk jalankan amanah di sebalik kurniaanNya. Tapi setakat ini, aku sekadar pernah tolong jaga anak buah atau anak didikan. Dan aku dapati memang tak menang tangan juga nak layan mereka semuanya. Aku cuba anggap semua pengalaman aku sebagai latihan kalau-kalau sampai masa aku ada anak sendiri.
Buku ini mengongsikan pelbagai kisah & pengalaman daripada pihak veteran. Mereka menulis dari pengalaman. Mereka menghadapi jerih payah kisah masing-masing, yang menariknya mereka berjaya petik nasihat dari setiap apa yang berlaku. Dan kongsikan sebagai panduan buat yang lain-lain.
Oh ya, ada juga ingatan & doa dari Al-Quran berkenaan hal ini.. (sebagai sisipan antara topik)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" - Surah Al-Ahqaaf 46:15
Secara peribadi, tertarik dengan teknik Bonda Nor menangani isu "anak gajet". Pada zaman sekarang, kita tak boleh halang anak main gajet (sedangkan kita sendiri pun hanyut sama dengan gajet). Tapi apa yang kita masih boleh buat ialah kita kena beri peraturan penggunaan.
Sementara terhadap penulis Ammar Kamilin, aku lebih peka kisah & nasihat beliau dari kaca mata seorang bapa dalam menangani anak-anak yang meningkat dewasa terutamanya anak perempuan. Ternyata penulisan beliau penuh dengan tips-tips menarik..
Memang aku rekomen buku ini buat semua pembaca lain, terutamanya kawan-kawan yang sudah menjadi ibu bapa terhadap anak masing-masing. Walaupun kita pasti ada episod kisah tersendiri, tapi apa yang penting ialah kita perlu motivasi & inspirasi agar tidak tewas dan kalah dalam membesarkan anak-anak.
Ulasan