Q Nasi Kukus (AkuRasa)

Saja-saja nak cari rasa lain di Sarawak. jumpa dulu dalam laman Facebook tentang kedai makan ni..

This image has an empty alt attribute; its file name is p_20200607_134221.jpg
Q Nasi Kukus - Resipi Asli Kota Bharu
Pernah makan nasi kukus tak? Lebih kurang macam nasi ayam penyet juga, iaitu nasi putih disajikan dengan lauk (selalunya ayam) berempah, dan sayuran timun beserta gulai resipi kelantan + sambal cili api. Pedas tapi sedap.. 

#1 Kat mana nak cari kedai ni??
Berita baik buat penduduk Kuching, bahawa Nasi Kukus terdapat di sini. Secara spesifiknya Q Nasi Kukus terletak di MetroCity/Matang. iaitu sedikit di pinggiran luar bandar Kuching. Bagi pelawat Kuching yang berniat untuk pergi kawasan Santubong, lokasi MetroCity termasuk dalam haluan yang sama (maksudnya boleh la singgah kalau teringin) 

#2 Hiasan dalaman piawai
Rekaan dalaman kedai yang biasa / piawai (standard). Takde keistimewaan unik kalau nak dibandingkan dengan restoran yang lain. Namun begitu, kedai ni sangat hangat mendapat sambutan. Selalu penuh. Berebut meja juga dibuatnya kalau datang makan sini.
Kalau malam hari, mereka akan buka meja di kawasan parkir juga (tapi siang tak boleh sebab panas terik di bawah matahari)

#3 Menu utama citarasa kelantan
Antara menu yang terdapat di sini juga
  • Nasi Kukus (lauk sama ada: Ayam berempah, Ikan Keli)
  • Nasi Manggil - aku rasa variasi nasi kukus juga, cuma ayam versi cincang & sayur kacang (masak ala ayam kunyit) la.. Harga murah sikit
  • Mi/Bihun/Kuetiau Celup
  • Nasi Lemak
  • Roti Canai
  • Nasi Kerabu / Dagang
  • ABC
  • Gerai burger dibuka pada malam hari - aku rasa gerai ni tumpang je kot (tak termasuk dalam premis asal)
#4 Komen Peribadi
Dah banyak kali datang kedai ni rupanya. Apa yang dapat aku komen
  • Nasi Kukus - Sedap! Aku suka gandingan kuah yang diberikan. Ada variasi ikan keli, isteri dah cuba. Boleh tahan katanya (tapi harga lebih sikit la)
  • Nasi Manggil - Secara peribadi, ni menu kegemaran aku. Harga sedikit murah dari ayam kukus. Dan ada sayur kacang
  • Mi/Bihun/Kuetiau Celup - sedap! Aku rasa sama macam kedai Mi Kolok Haji Salleh (Sepinang Sari).
  • Nasi Lemak - baru cuba rasa sekali. Seingat aku, nasi lemak sini lebih kepada gaya sarawak. 
  • Roti Canai - belum cuba. 
  • Nasi Kerabu/Dagang
  • ABC - tak pernah cuba lagi. Selalu berkira dalam pesan air manis ^-^! tentang kandungan gula dan harga.. selalu langkau tawaran ni..
  • Gerai burger - pun tak cuba

#5 Tag Harga
Minum <RM5
Makan <RM10
Untuk selesa, sebaiknya bawa duit setidaknya RM15 untuk seorang dah cukup untuk makan semua pilihan menu yang ada dalam kedai ni. 

#6 Bayaran - bayar secara tunai sahaja diterima. Tiada sistem tanpa tunai lagi..

#7 Kesimpulan
Kedai ni besti! Boleh ulang lawat (repeat visit) banyak kali. Aku memang sangat sarankan kepada penduduk setempat bila mana nak rasa kelainan dengan menu Sarawak. Sementara bagi pelawat pula, terpulanglah kepada citarasa sendiri. Kalau dah puas rasa makanan Sarawak, boleh la cuba makan sini juga.. Harga pun mampu makan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)