Potato Story (AkuRasa)
"AkuRasa ialah label khas aku untuk penulisan komen makanan/restoran. Aku bukan pengkritik hebat, tapi lebih kepada pendapat peribadi yang mana aku harap bermanfaat sebagai rujukan kepada sesiapa sahaja.."
Potato story lebih kepada sebuah gerai makanan ringan (refreshment). Sajian utamanya berasaskan "kentang goreng" (french fries).
#1 Mana lokasi kedai ini?
Setakat ini, aku rasa gerai ni sangat ekslusif di Borneo (Sabah & Sarawak). Pernah aku cuba cari masa balik ke semenanjung tapi macam takde pun.
Selalunya terdapat di dalam pusat membeli-belah: Emart, Vivacity, CityOne, AEON. Tak pernah jumpa sebagai kedai persendirian (standalone) dalam lot-lot kedai luar sana lagi.
سڤنجڠ ماسَ ستودي اکو د اونيۏرسيتي مليسيا سراواق (٢..٧ - ٢.١٢) اکو تق ترجومڤا ڤون لاݢي ݢراي اينِ، موڠکين له دِڤرکنلکن سلڤس تمڤوه ماس ترسبوت
#2 Hiasan kedai yang bergaya moden
Seperti mana gerai makanan & minuman yang banyak diperkenalkan zaman sekarang ni (Tealive, Chatime, dll), Potato Story seiring dengan reka bentuk yang sama.
Jadi apa yang menariknya kentang goreng?? Ha, kedai bukan menyajikan kentang goreng kosong sahaja. Ada perencah sebenarnya, boleh pilih dari 2 kategori utama (harga sama)
- Siri serbuk tabur (powder) - terdapat 3 tahap pedas lagi. Semua harga sama.
- Siri sos (sauce) - kalau terbayang cheezy wedges (KFC) maka begitulah rupanya versi sos ini.
Terdapat menu sampingan berupa : wedges, hot dog
Kedai ini juga menyediakan senarai siri minuman manis tersendiri seperti mana gerai minuman lain (Tealive, DingTea dll).
#4 Komen Aku
Jujur cakap, aku tak pernah cuba siri bersos lagi ^-^! takut melengas / tumpah. Lagi pun aku ada perencah kegemaran aku dalam siri serbuk iaitu Hot & Spicy atau Extra Hot, jadi tak nak ambil risiko cuba-rasa perencah lain (takut tak berkenan, rugi pula sebab beli satu je)..
Beli satu sesuai untuk dimakan berdua (pekedai akan sertakan 2 lidi pencucuk) untuk makan.. Kalau tak suka serbuk, ada sudut untuk ambil sos cili/tomato seperti mana KFC/MCD..
Minuman? tak pernah cuba juga (selalu isteri dah beli tealive)
Hot dog? belum cuba
Wedges? Dah biasa makan di KFC..
#5 Tag Harga
Makan 💵 (<RM10)
Minum 💵 (<RM10)
Gandingan makan & minum boleh cecah RM10-15 sebenarnya (menyamai harga makan berat)
Jadi aku selalu beli kentang sahaja ^-^!
#6 Bayaran - bayar tunai tu biasa. Ada apps GrabPay.
Kalau anda pelanggan DiGi, ada baucer bernilai RM4.99 dapat satu unit potato (jimat sikit berbanding harga terkini 2020 : RM6.30)
#7 Kesimpulan
Satu gerai untuk kunyah-kunyah yang menarik kalau jalan-jalan cuci mata di pusat beli-belah ^-^! Boleh la kalau nak beli sekali-sekala. Bagi pelawat Kuching (atau Sabah), memang aku rekomen mesti cuba rasa! Kat semenanjung takde lagi ni..
Ulasan