Warung Makan-makan (AkuRasa)

Warung Makan-makan
Semasa aku buat carian di internet tentang tempat makan menarik di Kuching, antara yang termasuk dalam senarai ialah kedai ini. Jadi apa yang menarik kedai ni sebenarnya? Jom kita semak!

#1 Kat mana lokasi?
Setakat yang aku tahu, kedai ni terletak di pekan Satok. Mercu tanda (landmark) yang berhampiran ialah Bank Negara Malaysia (cawangan Kuching), Flyover Satok, Am bank, Majma Mall. 

Agak dekat bagi pelawat Kuching yang menginap di sekitar Waterfront (tapi kena naik kereta la).  
Dekat juga dengan Kopi O Corner.. Kalau Kopi O Corner ramai orang, boleh 'lari' pergi sini..
سچارا ڤريبادي انتارا کوڤي أُو اتاو وَاروڠ ماکن٢، اکو لاݢي سوکَ وَاروڠ ماکن٢ اينِ لاݢي
Ada cawangan lain?? Aku tak tahu..

#2 Hiasan dalaman?
Bagi aku agak padat dengan susunan meja makan tapi masih kemas. Pencahayaan lampu oren memberi impressi gaya moden sikit (bukan lampu pendaflour). 

Ada ruang makan juga di kawasan parkir luar sikit, tapi geng perokok selalu lepak sana 

#3 Menu semua dalam satu kedai
Anda datang melawat Kuching tapi masa anda terhad (3 hari 2 malam sahaja), tapi tak tahu kedai apa yang sesuai? Maka restoran ini memang satu pilihan yang baik. Sebab dalam restoran ini ada pelbagai gerai dengan menu masing-masing;
Berdasarkan menu dalam restoran, pelopor utamanya ialah "The Original by Abang Chak". Aku tahu restoran ini ketika berkunjung ke Majma Mall berhampiran (pada masa penulisan ni: lantai medan selera Majma Mall sedang diubahsuai --> Pindah sini??). Tapi, bayar ke gerai masing-masing pula..
Seperti menu diberi, ada banyak kategori menu makanan yang terdapat dalam restoran ni (Rujuk gambar menu). Tambahan lain yang TIDAK terdapat dalam menu (kena pergi gerai) ialah
  • Nasi Ayam - ada pilihan kukus/ panggang
  • Nasi ayam penyet
  • Pisang goreng keju - pisang goreng, ditabur hirisan keju serta ada susu krimer manis
  • Sate & Nasi Impit
  • Laksa Sarawak, Mee Jawa
  • Buah-buahan potong segar
  • Jus buah
#4 Komen Peribadi
Dah beberapa kali aku ulang datang kedai ni, kebetulan cuba menu yang berbeza. Jadi apa yang aku dapat kongsikan ialah
  • Nasi Ayam - isteri suka makan nasi ayam sini. Agak murah berbanding kebanyakan menu lain (RM5.50)
  • Nasi ayam penyet - belum cuba lagi
  • Masakan barat (chicken chop, roti bakar, lamb chop) - Aku dah cuba chicken chop. Jarang jumpa menu masakan barat (selain Secret Recipe), jadi kena cuba supaya boleh cadang kat isteri kalau tiba-tiba dia mengidam. Chicken chop dengan kuah lada hitam bukan citarasa aku. Tapi sedap. Sementara tu, aku pun dah cuba roti bakar keju juga dan aku berkenan dengannya. Sedap weh! 
  • Masakan panas (goreng-goreng) - setakat ni, baru cuba nasi goreng kampung. [nota - nasi goreng kampung versi sarawak = nasi goreng oren biasa versi semenanjung]. Tapi restoran ini menyajikan nasi goreng kampung versi semenanjung. Sedikit tersalah jangka (sebab aku suka nasi goreng oren tu]. Rasanya masih ok la..
  • Sup & Tomyam - Isteri cuba makan tomyam bersama nasi putih. Disajikan tomyam jenis merah, Sedap katanya.
  • Mi kolok
    - Aku dah cuba sekali. Kuantiti yang dihidang sangat puas hati! Dari segi rasa, mi kolok ini biasa (macam banyak kedai-kedai lain). Habis je makan.
  • Pisang goreng keju - datang dengan pilihan saiz hidangan. Kalau pesan hidangan kecil pun cukup untuk berkongsi 2-3 orang. Aku rasa memang gaya di Sarawak ada pisang goreng keju. Puas hati sebab pisang diberi agak besar.
  • Sate & Nasi Impit
    - belum cuba lagi
#5 Tag Harga
Makan <RM10 (hampir semua - melainkan ada beberapa menu istimewa) 
Minum <RM5
Secara total, untuk keselesaan diri sebaiknya siap-siap ada RM15 seorang sebelum datang kedai ni (selalunya aku makan tak sampai RM10 seorang pun)

#6 Bayaran & Perkhidmatan
Bayaran secara tunai sahaja. Bayar di pada gerai masing-masing selepas dapat hidangan. Tak perlu beratur di kaunter.

Ada capaian perkhidmatan Food Panda di sini. Jadi kalau malas nak keluar rumah/hotel boleh pesan melalui Food Panda juga.. 

#7 Kesimpulan
Betul! Aku setuju pada laman web yang mencadangkan agar pelawat Kuching mesti makan sini. Datang menginap 3 hari 2 malam. Slot untuk makan dah la terhad, tiba-tiba banyak kerenah (sesama ahli rombongan) nak makan macam-macam. Tak payah gaduh, datang sini pelbagai menu pun ada..

Bagi penduduk setempat pula, memang sangat rekomen untuk makan sini. Terutamanya sini ada beberapa menu yang tak terdapat di kebanyakan kedai lain; Masakan barat, Sate, Roti Bakar, Tomyam. Kalau teringin, jemput la datang sini..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)