Gulai Kawah Cikda (AkuRasa)

Dah lama tinggal di Kuching, Sarawak. Terkadang nak rasa kelainan masakan pula.. Tercari-cari, maka jumpa kedai ini - baru tahu kedai ni baru buka sebenarnya..

Gulai Kawah Cikda 

#1 Mana Lokasi Tempat ini??
Lebih tepat lagi di Kota Sentosa (pinggiran luar kawasan Kuching)

Antara bangunan tanda (landmark) yang berhampiran ialah Restoran Serapi Corner atau Borneo House Museum. Kalau nampak dua ni, maksudnya anda dah sampai di kawasan yang aku maksudkan.  

#2 Reka bentuk kedai yang tipikal
Oh, kedai makan ini bukan bertujuan untuk tarik pelawat Kuching. Namun, lebih kepada nak berikan citarasa berbeza kepada penduduk setempat. Jadi isu reka bentuk & hiasan dalam bukan satu ciri penting dalam hal ni.

#3 Apa yang unik di kedai ni?

Ciri pertama, kedai ini menyajikan makanan berlauk masakan negeri utara Malaysia (kedah). Dan istimewanya terdapat lauk disediakan hangat dari kuali masakan (lihat gambar). 

Cara ambilan makanan lebih kepada layan diri. Boleh kaut kuantiti makanan yang diingini. 

Tengah hari tapi takde mood nak makan nasi berlauk? Takpe kedai ini dah beberapa gerai sampingan, boleh pesan menu..

Sementara itu, terdapat juga beberapa gerai kecil di dalam kedai tersebut dengan menu yang berbeza. Antara gerai yang ada termasuklah; Masakan barat (chicken chop), Roti bakar, Nasi Ayam, Mi Kolok & Laksa Sarawak, Nasi Lemak..

Terbaru, restoran ini menambah kepelbagaian menu lagi seperti ABC dan gerai goreng pisang. Boleh la cuba-cuba makan sini

#4 Komen Peribadi
Setakat ni, aku dan isteri dah 2 kali datang makan sini. Pertama saja cuba-cuba, kedua kebetulan ada temujanji di lokasi berhampiran. Isteri nak makan rasa utara (isteri orang utara ^-^!) sementara aku lebih memilih kepada menu alternatif yang terdapat di gerai tersebut..
  • Nasi Berlauk - isteri seronok cuba-cuba masakan berlauk tersebut. 2 Kali datang, dia cuba lauk yang berbeza-beza. Katanya memang sedap
  • Gerai nasi lemak - gerai ni memang hasilkan nasi lemak seperti mana piawai (ikan bilis diganti ikan masin dan sambal yang tipikal) di pelbagai gerai Sarawak.
  • Gerai Mi Kolok - ok, boleh tahan. Harga pun paras murah juga. 
  • Gerai masakan barat - belum cuba (tutup masa kami datang)
  • Gerai nasi ayam - belum cuba
  • Gerai roti bakar - belum cuba
  • Gerai goreng pisang - masa kami datang belum ada lagi tambahan ni..
#5 Tag Harga
Makan 💵 <RM10, minum 💰 <RM5

Agak jimat makan kedai ni. Tapi tak pasti harga chicken chop berapa.. Namun, masih total makan minum dalam 💵💰 <RM15

#6 Bayaran - tunai sahaja macam biasa. Belum ada tetapan lain lagi kot.

#7 Kesimpulan
Jujurnya kedia ni merupakan kedai makan tengah hari yang tipikal saja. Namun, dia ada stesen nasi berlauk rasa utara, sedikit unik la dalam kalangan restoran di Sarawak. Maka bolehlah kalau penduduk setempat nak rasa masakan utara sikit, boleh datang makan sini. Tapi kalau pelawat Kuching nak rasa menu Kuching, jenuh juga nak datang sini semata-mata.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)