di sebalik ucapan "sama-sama"
Nota - entri ni hanyalah andaian semata-mata..
Pada suatu ketika ni, aku mengalami kesulitan sedikit dalam menjalankan tugasku. Maka kenalah minta bantuan sedikit pada sahabat ni.. seusai pertolongannya..
Pernah terfikir tak? Budaya melayu membalas ucapan 'terima kasih' dengan ucapan 'sama-sama'.. Apa maksud yang ingin disampaikan sebenarnya ni? Pernah aku ajukan kepada sahabat-sahabat rapat aku yang aku sentiasa anggap mereka legend..
Dan dalam situasi orang yang dibantu tak berterima kasih, pastinya pengorbanan yang dilakukan itu terasa sia-sia..
Jadi kalau nak dibayangkan, situasinya seolah-olah..
Some other stream of thought
Pada suatu ketika ni, aku mengalami kesulitan sedikit dalam menjalankan tugasku. Maka kenalah minta bantuan sedikit pada sahabat ni.. seusai pertolongannya..
"Terima kasih"
"Kasih diterima~" - balasnya
"Apa (maksud) jawapan tu?" - tanyaku kekok ^-^!
"Ala saja gurau-gurau la tak boleh ke? Skema la kau ni.."
"Tapi kenapa ye? Budaya melayu menggunakan kata-kata 'terima kasih' dibalas 'sama-sama'? Apa maksud sama-sama ni sebenarnya..?" - tanyaku ingin tahu..Fokus - di sebalik ucapan "sama-sama"
Pernah terfikir tak? Budaya melayu membalas ucapan 'terima kasih' dengan ucapan 'sama-sama'.. Apa maksud yang ingin disampaikan sebenarnya ni? Pernah aku ajukan kepada sahabat-sahabat rapat aku yang aku sentiasa anggap mereka legend..
"Entah. Takde maksud kot.."
"Aku pun tak tau. Sebab tu la aku rasa lagi baik jawab 'kasih diterima' atau yang lebih kurang dengannya.."Kononnya aku ingin membuat andaian sendiri, frasa "sama-sama" sepatutnya merujuk kepada ucapan "terima kasih (juga kepada kamu)". Tapi dengan pemikiran sedemikian itu, timbul pula persoalan lain..
"Kenapa pihak yang membantu pun nak berterima kasih juga kepada pihak yang dibantu?"Macam tak logik pula bila difikirkan sedemikian. Hal ini kerana pada luarannya pihak yang membantu tak mendapat apa-apa faedah fizikal dengan membantu orang lain. Bahkan secara fizikalnya tampak satu bentuk pengorbanan oleh pihak yang membantu ni, sama ada dalam bentuk masa, tenaga, usaha dan lain-lain yang pastinya mereka perlu adjust semula urusan peribadi..
Dan dalam situasi orang yang dibantu tak berterima kasih, pastinya pengorbanan yang dilakukan itu terasa sia-sia..
"(Aku dah tolong susah payah (setidaknya dari aspek masa), 'terima kasih' pun tak cakap. Baik aku tak payah tolong tadi..)" --> antara bentuk keluhan apabila 'pengorbanan' tak dihargai..Namun apabila terima kasih diucapkan oleh pihak yang dibantu..
"Terima kasih tau sebab tolong aku.."Maka aku mengandaikan pihak yang membantu berasa pengorbanannya dihargai. Maka dengan itu, wajarlah dia membalas semula ucapan tersebut..
"Terima kasih (sebab menghargai pengorbanan aku)" --> tapi macam pelik bunyinya "terima kasih" dibalas "terima kasih", maka dengan sebab itu ucapan diubahsuai sikit menjadi sama-sama.. (aku rasa la)Dan teori ni macam logik bila mana aku menjumpai nasihat seperti gambar berikut (yang aku jumpai di media sosial)
Jadi kalau nak dibayangkan, situasinya seolah-olah..
"terima kasih (sebab membantuku dalam urusan dunia)"
"Menarik kan isu bahasa/budaya ni.. ?? Wallahu a'lamterima kasih(sebab kamu akan membantuku di akhirat kelak) --> sama-sama"
Some other stream of thought
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yg dekat, dan jiran tetangga yg jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yg terlantar, dan hamba yg kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yg sombong takbur lagi membangga diri" (Surah An-Nisa' 4:36) - entri tolong orang
Ulasan