[Lagu] Unimas gemilang
Dah lama tak share lagu.. kali ni bercirikan 'patriotism' sikit tentang tempat belajarku suatu masa dulu.. Ni lagu tema universiti aku dengan nama lagu UNIMAS GEMILANG..
Trivial
Aku juga menimbulkan persoalan ni dalam karya agung komik Wanted! aku dalam episod 67
"Masihku ingat lagi hari-hari menghadapi peperiksaan akhir supplement di universiti dulu. Hari pertama peperiksaan tersebut jatuh pada hari isnin. Sedangku melangkah masuk melalui pagar fakulti, kedengaran lagu ni dari medan perhimpunan pagi mingguan di depan lobi.. terkesan mendengar lagu ni, aku juga turut mendabik dada dan semakin bersemangat untuk berjuang (menghadapi peperiksaan nanti). Oh, menariknya peranan lagu.."Teringatku pada satu babak lain, berkenaan perbualan dengan beberapa watak berbeza..
"Syed! where did you graduate from?"
"Sarawak.. UNIMAS.."
"UNIMAS got medical (program) eh? Never heard of it.."Demikian antara impresi kebanyakan apabila aku memberitahu asal usul tempat belajarku dulu. Kebanyakan ramai hanya memandang graduan dari universiti terkenal baik tempatan mahupun luar negara.. Bagi mereka, itu barulah ada class serta imej.. Namun secara peribadinya, aku berpendapat semua itu sebenarnya tak penting. Adanya kata-kata nasihat:
"Yang penting bukannya tempat mana yang kita belajar, sebaliknya yang penting adalah sejauh mana kita berusaha untuk belajar" -- > ni ayat mural di bilik kaunseling SBP aku dulu.. (lupa pula, nanti bila aku melawat insya-allah aku akan cuba ingat)Berbanggalah sikit! Inilah tempat jerih payah aku menimba ilmu bertahun lamanya. Insya-allah aku takkan rasa malu (kalau dikatakan tentang kekurangan yang ada..) sebabnya tempat ni la yang menjadikan aku sampai ke tahap ni.. v_v
Trivial
Aku juga menimbulkan persoalan ni dalam karya agung komik Wanted! aku dalam episod 67
".. tapi apa yang aku tak suka ialah 'kenapa perlu nak merendahkan sekolah lain (ie. yang ada sekarang)' (semata-mata untuk memujuk ke sekolah yang bagus).Bukannya tak boleh berjaya dengan sekolah biasa pun..." - Syed (wanted!)Pemikiran kebanyakan orang tersebut jelas memandang rendah tentang 'usaha' institusi lain untuk menaikkan nama. Dan tentulah, aku akan sentiasa menyebelahi pihak minoriti sebegini untuk buktikan mereka juga boleh.. (selari dengan sifat supportive aku nampaknya ^-^!)
Ulasan