Kompilasi entri "ibu"
Teringat kembali ketika 6 tahun lalu pada tarikh ni juga..
--------------------------------(copy paste semula entri pergi tak kembali)--------------------------------------
..peristiwa arwah mak aku membuatkan aku berfikir dan berfikir bahawa pemergiannya yang lebih awal itu berhikmah. Antaranya:
Maka tak apa kalau nak bersedih dengan kehilangan ibu yang tersayang, tapi bukanlah bermaksud sehingga menjejaskan prestasi sosial dan kerjaya sendiri pula. Sebaliknya, teruskan kehidupan agar lebih baik dan seterusnya menghargai ibu yang telah pergi... Eh? Seperti mana yang berikut..
---------------------------------- (copy paste dari entri sendiri sempena hari ibu)-------------------------------
Bagi sesetengah golongan yang sudah ketiadaan ibu (macam aku juga sejak 12.10.2008), bagaimanakah cara untuk menghargai mereka pula (sebab mereka dah tak ada..)? Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan, antaranya: (sumber mengenali Islam.blogspot)
Some other stream of thought (entri sendiri)
"11 Oktober 2008 - aku beli tiket flight pulang ke rumah segera, apabila mendapat panggilan ayah bahawa Wan (emak aku) tengah nazak akibat 2ND attack stroke. Sampai rumah malam tu, memang ahli keluarga dan saudara mara aku berkumpul mendampingi beliau pada saat-saat akhirnya. Memang sedih tengok keadaannya. Walaupun baru lepas operation untuk sembuhkan stroknya, namun ternyata Allah lebih menyayangi awah.. Dan pada Subuh esok harinya, beliau menghembuskan nafas terakhir" - entri pergi tak kembali (2)
"Mungkin hadiah harijadinya yang terakhir 10 Oktober 2008 adalah sembuh sejenak selepas menjalani pembedahan (aku tak ingat pembedahan apa masa tu).. Namun siapa sangka keesokan harinya beliau kembali melarat malah semakin tenat.."Dah 6 tahun sejak peristiwa tersebut. Maka aku dengan sendirinya mengumumkan tarikh 10-12 Oktober setiap tahun adalah hari sedih (berkabung) atas pemergian arwah tercinta..
"kalaulah"(entri) adalah perkataan yang biasa diungkapkan bagi kebanyakan ramai, terutamanya mereka yang tidak dapat menerima hakikat sebegini.. Namun, setelah meneliti entri tersebut, aku perlu redha akan ketentuan Ilahi.."Dari satu sudut yang cerah (di sebalik musibah pemergian arwah mak ni), aku mendapati..
--------------------------------(copy paste semula entri pergi tak kembali)--------------------------------------
..peristiwa arwah mak aku membuatkan aku berfikir dan berfikir bahawa pemergiannya yang lebih awal itu berhikmah. Antaranya:
- aku tak sampai ke satu tahap melihatnya menanggung seksa pada hari tuanya kerana mungkin sakit yang lebih serius (alhamdulillah situasi yang aku dan keluarga lalui =,semua ahli keluarga sempat pulang melihat saat-saat akhir beliau)
- aku dan adik-beradik setidaknya dah 'bebas' dari melukakan hati arwah mak lantaran anak-anak semakin dewasa dan berkeluarga sendiri, mungkin mula mengabaikan ibu pula (na'uzubillah untuk kawan-kawan aku yang lain). Namun, aku perlu mendoakan kesejahteraannya di sana.
- Sebagai anak, aku rasa dah jadi satu tanggungjawab untuk terus hidup bagi pihaknya dan merealisasikan apa jua hasrat yang pernah diluahkan dahulu..
- Dan tentunya ibu bapa berasa sangat sedih jika anak yang dilahirkan dan dibesarkan dengan susah payahnya telah pergi lebih awal daripada mereka..
------------------------------------------------------------------------------
Maka tak apa kalau nak bersedih dengan kehilangan ibu yang tersayang, tapi bukanlah bermaksud sehingga menjejaskan prestasi sosial dan kerjaya sendiri pula. Sebaliknya, teruskan kehidupan agar lebih baik dan seterusnya menghargai ibu yang telah pergi... Eh? Seperti mana yang berikut..
---------------------------------- (copy paste dari entri sendiri sempena hari ibu)-------------------------------
Bagi sesetengah golongan yang sudah ketiadaan ibu (macam aku juga sejak 12.10.2008), bagaimanakah cara untuk menghargai mereka pula (sebab mereka dah tak ada..)? Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan, antaranya: (sumber mengenali Islam.blogspot)
- Menjelaskan hutangnya (jika ada)
- Kekal berhubung silaturrahim dengan sahabat & saudara mereka
- Mendoakan kesejahteraan mereka di akhirat
- Membayar zakat (jika ada)
- Qada' puasa mereka (jika ada)
- Menunaikan haji untuknya (jika mereka tidak sempat menunaikan haji sebelum meninggal)
- Menziarahi kubur mereka
- Menunaikan wasiat mereka
setidaknya apabila rindu, ingat mereka dalam doa.. boleh erk.. |
"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh" (Ah, Hah? atau yang setara dengannya), dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Surah Al-isra' :23)
Ulasan