'i want to touch dog'

Terbaru ni Malaysia digemparkan dengan acara "i want to touch dog" yang diadakankan di Bandar Utama. Tujuannya agar untuk membiasakan masyarakat Malaysia agar tidak takutkan anjing..

Serta merta aku teringat satu kenangan silam lalu berkenaan hal ailurophobia (terjemahannya 'takutkan kucing'). Walaupun nampak macam takde kaitan dengan peristiwa mutakhir Malaysia, namun, sebaiknya harap baca dulu. Nanti aku kaitkan isu ya..

Kisah dimulai dengan gambar hiasan seperti berikut:


"GET IT AWAY FROM ME!!" - tegur seorang kawan secara refleks apabila seekor kucing mendekatinya..
"You are scared of cats, aren't you?" - tanyaku terkejut dengan fakta tersebut.. 
 "NO, I DON'T. JUST... GET IT AWAY, PLEASE!" - balasnya secara denial
 "But why? do you have allergy or something.."
"No! 'Cause it may bite your hand if you're not careful.." 
 "Haha ^-^! i wonder.." - balasku sambil mengusap kucing tersebut dengan selambanya..
"Come, have a try.. so that you won't be scared anymore.." - ajakku memegang kucing tersebut semoga dia membiasakan diri dengan kucing.. Memang dia sangat enggan akibat fobianya terhadap kucing, sehingga la satu masa ni akhirnya dia cuba juga..
"See? it won't bite you if you be nice to it.. Don't worry.."
"But, it still scary.." 
Demikianlah antara babak yang berlaku tentang seorang kawan yang takut kucing.

Jom ke fokus pula~

Fokus A - menangani rasa takut
Jadi kalau nak dibandingkan peristiwa peribadi dengan acara semasa ni, aku pasti ramai bersetuju bahawa untuk menangani rasa takut kepada haiwan, maka perlunya pendedahan kepada mereka. Seperti mana ilmu psikologi menyatakan.. (aku copy paste slide lecture je ni)
"In vivo desensitization is a type of exposure therapy that involves patient gradually being exposed to the feared stimulus in real life while simultaneously maintain a state of relaxation. Believe that exposure is the key of fear reduction. The way to overcome fear is to confront them." - salah satu dari 5 teknik psikologi untuk menangani anxiety disorder
Sedikit penjelasan - antara salah satu cara psikologi dalam menangani isu fobia ialah dengan memberi pendedahan kepada rangsangan yang ditakuti secara slow-slow (eg. kalau dalam isu anjing, maka step pertamanya mendedahkan kepada betapa anjing yang jinak dan mesra, kemudian perlahan-lahan dia akan membiasakan diri..)

Fokus B - bermanfaatkah pegang anjing
Namun persoalan yang timbul kesan dari acara ni:
"Sejauh manakah umat Islam boleh mengambil manfaat tentang acara sebegini??"
Kalau diteliti situasi peribadi aku (kisah silam) tadi, aku mengulas bahawa aku antara insan yang mesra-kucing. Jadi seboleh-boleh ingin menyebarkan betapa kucing ni seekor haiwan yang tidak patut ditakuti terutamanya orang Islam. Halnya kucing itu diciptakan untuk orang Islam, maka sayangnya kalau takutkan kucing.. (idea dan persoalan ni boleh rujuk enti blog ni bertajuk kucing)

Sementara itu, bagi isu anjing pula aku pasti ramai yang berpendapat umat Islam ni takut anjing kerana ianya digambarkan haiwan ganas (walaupun dikategorikan sebagai haiwan peliharaan oleh kamus dunia). Sepertimana entri blog ni bertajuk apabila terserempak anjing, aku juga menggambarkan anjing sebagai garang dan patut dijauhi. Namun, idea sebenarnya yang ingin disampaikan adalah umat Islam menjauhi anjing sebagai satu kepatuhan kepada Allah dalam hukum yang berkaitan dengan anjing ni. Aku kongsikan satu perkongsian di media Facebook untuk tatapan bersama..

"Mungkin, mereka berjaya mengatasi rasa takut umat islam terhadap anjing. Namun, hukum haram / najis terhadap sang anjing tidak akan berubah. Bagi umat Islam. anjing merupakan satu 'ujian' daripada Allah untuk menguji siapakah hambaNya yang gah mematuhi suruhannya (walaupun berbagai kajian dilakukan untuk menaikkan impressi anjing).."
Sekali lagi aku nak kongsikan video ustaz azhar idrus perihal kucing & anjing pada pandangan Islam..


semoga bermuhasabah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)