Bela kucing..
"Syed, kau berminat nak bela kucing tak?" - tanya seorang sahabat lama secara rawak..
"Kenapa tiba-tiba ni? Randomnye tanya aku..."
"Takde la, aku jumpa kucing ni kena kejar anjing hari tu. Jadi aku selamatkan la dia. Tapi masa tu dia sakit, Aku bawa dia jumpa vet (doktor haiwan) dan jaga dia sampai dia sihat.. Tapi wife aku allergic dengan kucing. Tu yang aku cari orang ni.."
"Erm, boleh la kot..."Maka dah sampai tarikh (entri) ni masuk hari keenam aku bela kucing..
"(Dah lama tak bela kucing...)"
kucing pertama namanya "Odie" |
"....aku antara insan yang mesra-kucing.." - entri i want to touch dogKalau dari entri lalu, adanya idea bahawa aku seorang pencinta kucing, malah dalam situasi makan luar (siri 4) pun aku tak berkira untuk berikan sedikit makanan kepada mereka..
Maka semestinya ramai menjangkakan aku membela kucing juga. Itu benar, berlaku pada suatu masa lalu iaitu ketika arwah mak aku masih lagi sihat walafiat di rumah. Pada masa tu, arwah memang setuju malah sokong kami adik-beradik bela kucing (dari aspek beri makan dan main-main dalam rumah), namun sejak pemergian arwah kucing dah kelihatan terbiar dek masing-masing semakin sibuk dengan hal kerjaya / hobi / keluarga..
"Kalau dah niat nak bela, kena la pastikan makan minumnya terjaga.." - tegas arwah mak dulu
Teringat aku akan satu hadith yang aku baca dari laman *cybertroy.com (*tentulah ada banyak sumber lain, tapi setakat yang aku jumpa di laman web ni la..)
"Rasulullah s.a.w berkata, “Seorang wanita telah diseksa dan dimasukkan ke dalam Neraka kerana seekor kucing yang dia telah dikunci sehingga ia mati kelaparan.” Rasulullah berkata, “(Allah lebih mengetahui) Allah berkata (kepada wanita), ‘kamu tidak memberi ia makan dan minum apabila ia dikunci, juga tidak anda membiarkan ia bebas untuk makan serangga yang ada di bumi.” “Hadis – Bukhari 3:553, Riwayat ‘Abdullah bin’ Umar [Juga dalam Muslim, Riwayat Abu Huraira]"
Jadi nasihat hadith ni kalau nak bela kucing setidaknya perlu pastikan:
- makan dan minumnya terjaga
- ada masanya bebas menjelajah dan bermain-main..
"Pendek kata, bela kucing ni satu komitmen juga la.. Kalau dalam dunia kerjaya ni, masa keluar bekerja aku kena pastikan dia dapat sumber makan dan minum cukup sepanjang masa kerja.. Tapi kerjaya aku ni bukannya macam kerja waktu pejabat, sebab ada masa-masanya kerja aku 15 jam lamanya, dan ada pula masa oncall bermalam di hospital.. Takut pula kalau aku bersalah seperti mana hadith tersebut" - alasan kenapa aku dah lama tak bela kucing..Tapi diturutkan juga aku bela kucing semula kali ni.. beberapa kemungkinan..
- Tolong orang punya pasal
- Berkait rapat dengan memori terhadap arwah mak
"Satu adegan yang masih lagi segar dalam ingatan: ketika mana arwah mak jatuh sakit stroke diiringi dengan depression (pada tahap ni memang dah kerap murung dan terkadang nangis tiba-tiba), namun ada sekali ni arwah minta aku berikan anak kucing (masa ni aku tengah main-main dengan anak kucing kat dalam rumah), bila aku beri padanya, dia terus cium anak kucing tersebut (tanda sayang, i wonder).. aku terkejut dan sangat terharu dengan babak ni.."
- ikut 'sunnah' rasulullah? mungkin..
- latihan komitmen sebelum komitmen rumah tangga.. ^-^! pada suatu cara ia memang satu latihan..
Some other stream of thought
- terdapat beberapa andaian mengenai kucing sebagai haiwan peliharaan. (entri kucing)
- entri sayangi makhluk lain
Ulasan