munafik

Ok, entri ni activated secara spontan kebetulan aku baca-baca kitab dan terjumpa.. Maka aku tuliskan dalam blog, semoga berpengajaran buat semua.

--------------------------(Nota - ayat-ayat berikut adalah berdasarkan surah An-nur 24: 47-51)--------------------------------

47: Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata, "Kami beriman kepada Allah dan kepada Rasulnya kami taat" kemudian sepuak daripada mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang beriman yang sebenar

48: Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta merta sepuak daripada mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu) jika keputuasan tidak menguntungkan mereka..

49: Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya)

50: (Mengapa mereka bersikap sedemikian) adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman) ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Ketahuilah Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan kekufuran dan keraguan mereka)

51: Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menajdi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat", dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom kita ikuti komik strip oleh MuslimShow seperti yang berikut..

credit to Muslimshow for the wonderful comic
Aku mendapati komik strip ni benar-benar menyampaikan mesej betapa sebilangan umat hanya berpegang teguh kepada kitab Allah dan sunah Rasul hanya apabila situasi memberi kelebihan kepadanya. Seperti komik tersebut, apabila dalam situasi yang tidak memihak kepada kehendak mereka, mereka ambil keputusan untuk 'berpaling' dengan keputusan tersebut..

Sama juga, banyak lagi contoh lain yang boleh diketengahkan, seperti isu haramnya rokok yang mana ramainya pekak lagi buta tentang pengharaman tersebut, malah terkadangnya dibuat tak endah..

kredit to Amir Mustaqim (facebook)
Some other stream of thought
Sedikit ulang kaji tentang ciri-ciri orang munafik.. (ada banyak sumber, tapi aku kongsikan nota tazkirah surau taman bunga raya)
Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)."
Sementara itu, al-Quran melalui surah An-Nur ni juga mempunyai satu mesej nasihat yang sangat penting terhadap sifat munafik..
"Dan mereka (yang munafik) itu bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa jika engkau (wahai Muhammad) perintahkan mereka keluar berjihad, tentulah mereka akan keluar. (maka) Katakanlah," Janganlah kamu bersumpah, (kerana taat kamu itu) taat yang terkenal (dustanya). Sesungguhnya Allah amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.." (Surah An-Nur 24:53)  
 Jadi berapa banyak dari kita pernah tergolong dalam sifat sebegini..?
"Sumpah tak buat lagi..!" <--- i wonder ^-^!
Yang mana, banyak kali akhirnya kita mendustakan sumpah tersebut. Namun, dinasihatkan bahawa tak boleh suka-suki / main-main dalam sumpah ni. Seperti mana (dalam entri lama sumpah pun ada nasihat ni juga..)
"Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah yang kamu tidak dimaksudkan untuk bersumpah, tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan menjatuhkan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh kamu (iaitu dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar" - Surah Al-Baqarah 2:225 
Astargfirullah.. semoga kita sama-sama saling memperbaik diri. Siri nasihat yang lain boleh didapari dalam laman (page) blog Nasihat

Some other random thought
Pernah aku ikut tengok wayang Munafik, nampaknya filem wayang tersebut memberi gambaran yang berbeza dengan definisi sebenar. Kalau hanya sekadar pengajaran daripada wayang tersebut, maka ramainya akan bersenang hati dengan mindset..
"Eh asalkan aku tak buat semua tu aku tak dikira munafik" --> tidak ada niat untuk terus berubah lebih baik
Bukan! Aku rasa munafik itu 'lebih halus' dari apa yang tertera di layar perak (wayang). Sama-sama la bermuhasabah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)