Borneo Highland Resort
Hujung minggu tiba lagi, saja aku bawa isteri jalan-jalan kawasan sini.. Jadi destinasi kami kali ini ialah Borneo Highlands Resort .. Fokus - Borneo Highlands Resort Borneo Highlands Resort [BHR] ini adalah satu pusat peranginan percutian yang terdapat di Sarawak. Boleh bayangkan umpama Genting Highland atau Cameron Highland tapi ada keunikan tersendiri. Bagi yang meminati sukan golf, tempat ini menyediakan banyak padang golf dengan pemandangan awan. Jadi sesuatu pengalaman yang berharga buat mereka. Bagi orang lain, terdapat rekreasi dalam bentuk eksplorasi hutan (jungle trekking) , night safari , serta tentulah menikmati pemandangan & suasana sejuk di kawasan tanah tinggi.. ^-^! ڤتا ڤرجالنن كامي Seperti mana Pasar Serikin (entri kembara Pasar Serikin-Tasik Biru-Gua Angin ) & Tebedu (entri klinik bergerak ) , Borneo Highland juga terletak di sempadan Kalimantan Barat (Indonesia), tetapi pada 'bahagian' (baca: daerah) yang berbeza; iaitu Serikin di bah...