Komen aku tentang [Wayang] Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Baru ini isteri ajak tonton wayang Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal yang baru disiarkan di layar perak seawal 21.3.2019. Selain menyokong industri perfileman/animasi Malaysia, secara peribadinya aku sedikit sebanyak meminati Upin & Ipin ini (baca penulisan Animasi M'sia (3)), jadi aku tak berat hati & lantas bersetuju untuk tonton..

Selalunya cerita upin & Ipin berkisah dua orang kembar dan kawan-kawannya dalam mengharungi situasi-situasi dalam kehidupan. Yang mana, mereka akan diajar oleh warga dewasa ilmu-ilmu serta nilai-nilai murni dalam kehidupan.. Tapi filem kali ini menggambarkan pengembaraan mereka..

Komen peribadi Filem Animasi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal
[Amaran! Mungkin ada unsur 'pengacau' (spoiler) dalam penulisan ini, jadi mohon jangan baca dulu kalau berniat nak tonton, atau tanggung risiko sendiri ^-^!]


Sinopsis (sebenarnya salin tampal dari laman web iklan wayang)
Filem pengembaraan baru ini mengisahkan kembar comel Upin dan Ipin bersama-sama kawan-kawan mereka Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei, dan Susanti dalam usaha mereka menyelamatkan kerajaan fantasi Inderaloka dari kekejaman Raja Bersiong. Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dan kawan-kawan terjumpa sebilah keris misteri yang membawa mereka memasuki kerajaan tersebut.  
Ketika mencari jalan pulang, mereka dibebani dengan tanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan itu seperti sediakala. Dengan bantuan Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin, dan kawan-kawan perlu melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam filem pengembaraan aksi penuh magis dan lucu yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd
Oh ya, ada video promosi jadi aku sisipkan dalam ini sebagai usaha pencetus minat. Namun bagi yang ingin menonton sendiri lebih digalakkan sabar dulu & tengok dalam wayang (nanti bosan 10 minit pertama wayang)


Sekilas pantas berapa soal-jawab tentang filem ini;

(0) Siapa aku nak komen tentang filem animasi ini?
- Aku hanya sekadar penonton biasa. Takde apa-apa pengalaman dalam dunia pembuatan animasi. Tapi aku minat filem animasi. Aku sukakan cerita tentang aksi & pengembaraan, Aku suka filem yang menerapkan nilai-nilai murni. Aku suka industri tempatan menerbitkan filem animasi sendiri. Jadi aku tertarik untuk tengok.. Dan aku juga seorang pengkarya dalam domain yang berbeza , jadi aku nak tengok dan belajar ilmu/idea mana-mana untuk terapkan dalam karya sendiri.

(1) Berapa pemarkahan (rating) peribadi filem animasi ini?
- 8/10. Lebih kepada faktor peribadi aku. Nanti aku ulas lagi di bawah

(2) Adakah aku sudi untuk tonton lagi lain kali? 
- Berkemungkinan besar YA

(3) Kepada siapa aku akan cadang / rekomen untuk tengok filem ini?
- Kawan-kawan (terutamanya yang dah ada anak diajak tengok bersama ^-^!)
- Anak-anak buah sendiri dan semua anak-anak muda generasi baru agar belajar beberapa perkara nilai tentang Malaysia
- Rakyat Malaysia (sokonglah industri animasi tempatan ^-^!)

(4) Apakah yang aku nak ulas tentang filem animasi ini?
Aku suka latar cerita, iaitu berkenaan pengembaraan ke dunia asing dan (fantasi) magis. Jadi jalan cerita adalah terbuka dan tidak dapat dijangka. Latar tempat cerita ini ialah di dunia Inderaloka berupa masyarakat Melayu tradisional dengan sistem rakyat beraja (jadi ada raja, panglima, nujum)

Filem ini ada sedikit sentuhan kisah Melayu tradisional seperti penampilan Mat Jenin, Bawang Merah & Bawang Putih, Nujum Pak Belalang, Tanggang. Jadi buat aku sedar tentang wujudnya kisah dongeng ini dan buat aku ingin rujuk semula kisah-kisah asal tersebut. Sedikit sebanyak memupuk nilai nasionalisme.
تاڤي سچارا جوجورڽ سڤنجڠ تايڠن اين اكو راس تق سليسا, سبب كالاو ايكوتكن تتڤن لاتر سبݢيني سڤاتوتڽ فيليم "ڤوتري ليماو" لبيه سسواي دهوبوڠكاءيتكن. جادي كناڤ تق ݢونا فيايم مريك؟؟ كناڤ ݢونا اوڤين-ايڤين ڤولا؟؟ نامون بيلا سمڤاي سسي "اينتر-كرديت" بارو اكو فاهم ^-^ روڤاڽ دنيا فنتاسي ايندراكوتا اداله ساتو عالم دڠن دنيا "ڤوتري ليماو". دقيصهكن ڤوتري٢ ليماو سدڠ برهدڤن دڠن انچمن موسوه د تمڤت لاءين دان سدڠ مڠالمي ككالهن لالو ممينتا تولوڠ
Penglibatan watak utama. Aku tahu memang ini ialah filem pengembaraan Upin, Ipin & kawan-kawan, jadi secara semulajadi merekalah yang menjadi watak penggerak cerita ini. Aku sedikit tertarik bagaimana mereka bermula secara terpisah dalam 2 kumpulan (tapi aku lupa pecahan kumpulan cuma yang pasti Upin & Ipin terpisah dalam kumpulan berbeza). Setiap kumpulan ada babak pengembaraaan tersendiri, sebelum mereka bertemu semula. Jadi Upin-Ipin & kawan-kawan bertemu dengan watak Mat Jenin, Nakhoda Ragam & Belalang dalam perjalanan masing-masing secara tak langsung membantu perjuangan mereka dalam menentang raja yang jahat.
"Secara peribadi, aku berasa kekok tengok budak 5-6 tahun menyertai pengembaraan ini. Sebabnya aku rasa had umur bagi budak yang terlibat dalam pengembaraan sepatutnya 10 tahun ke atas (sebab 10 tahun budak dah tahu beberapa ilmu/kemahiran asas seperti menyimpan maklumat/ memori, mampu membuat pernilaian tindakan sendiri serta mempunyai tenaga dan pergerakan lebih cekap & logik) Berbeza dengan umur 5-6 tahun, kemahiran mereka lebih terhad (baru nak belajar). Nasib baik ada watak Mat Jenin & Nakhoda Ragam (watak dewasa) sebagai tulang belakang cerita. (Situasi yang sama juga bagi filem Geng Pengembaraan Bermula)"
تاڤي اكو كنا فاهم درڤد كاچامات ڤنربيت ياءيت سچارا عمومڽ انيماسي اوڤين-ايڤين مڽاسركن ڤنونتون ݢولوڠن ڤرا-سكوله (2 تاهون كأتس) سباݢاي ڤنددهن & ڤنديديقن اول نيلاي٢ كهيدوڤن. جادي كنا فيكير جوݢ كالاو نق ديديق بودق ݢونا انيماسي واتق 10 تاهون ماچم تق سسواي ڤولا. تق اڤله, اكو لڤس ڤندڠ سهاج
"Dan atas sebab yang sama animasi Boboiboy, Ejen Ali, Puteri Limau tidak ditujukan kepada golongan muda (aku tak pernah terserempak lagi ibu bapa ajar budak 5 tahun tengok boboiboy), salah satu faktornya adalah umur watak lebih besar.. Hmm, begitu kot" 
Juga diterapkan tentang sistem tulisan jawi sebagai petunjuk terukir pada keris siamang tersebut. Secara tak langsung memupuk nilai kesedaran terhadap kewujudan jawi pada masyarakat di Malaysia. Sebab hakikatnya tulisan ini semakin pupus sebab tidak diamalkan secara menyeluruh (baca entri jawi). Jadi aku sangat menyokong idea penglibatan tulisan jawi ini..
اوه يا, سباݢاي ڤڠكريا, اكو داڤت ايديا نق ترڤكن توليسن جاوي دالم كريا اكن داتڠ. دعا٢كنله
Tentang penggunaan gaya bahasa pula, penggunaan kata disuaikan dengan gaya bahasa Melayu moden. Jadi tak banyaklah penggunaan "hamba, beta, patik, tuan hamba" (Aku pasti penerbit khuatir kalau-kalau penonton budak-budak tak keliru/faham kalau guna bahasa lama). Jadi aku tak kisah sangat..

Ada perincian kecil sedikit tak kena. Misalnya dalam pengembaraan kumpulan Upin, dia berjumpa dan berkenalan dengan Mak Der (Mak kepada si Tanggang) lalu berpisah arah. Tapi ketika babak di medan pertempuran akhir, Mak Der tiba di tempat pertempuran untuk membantu tiba-tiba kenal kedua-dua Upin & Ipin pula. (Mungkin Upin pernah sebut kot, aku tak perasan) .Tapi biar sahajalah, minor details ^-^!..

(5) Kesimpulan tentang filem animasi ini?
Kesimpulannya aku tetap suka filem animasi ini. semestinya aku akan bagi anak buah atau siapa-siapa anak jagaan untuk tonton filem ini. Dan kalau ada rezeki anak sendiri, memang aku bagi tonton juga.. Aku berharap ramai juga akan buat begitu..

Dan masa tengok pasca-kredit (sebenarnya "inter-kredit" lebih tepat), AKU SANGAT TERUJA NAK TENGOK SAMBUNGANNYA! ^-^
"Malah, perasaan terkejut+teruja itu lebih ketara berbanding masa reaksi aku dapat main game KH3 (ni aku ada tulis dalam komen tentang game KH3)"

Ulasan

ainzoo berkata…
Setuju dengan semua yang saudara tuliskan.
Kepada yang masih belum menonton, nasihat saya: Tontonlah, setidak2nya, kita dapat kembali seketika ke zaman kanak2 kita--> penuh dengan sulaman cerita2 dongeng melayu lama yang penuh kisah2 moral.

Ada juga unsur2 Marvel Avengers dan Pirate of Caribbean selain gaya Disney dalam animasi ini, tapi saya anggap perkara kecil malah berbangga kerana tenaga kerja Les Copaque tidak seramai tanaga kerja filem animasi barat dan LC mampu berdiri sama tinggi jika kita lihat dari segi kualiti audio & visual.

Cuma, masih berlegar2 dalam fikiran saya: Siapakah Mek Min (yang rupanya ada iras2 pelakon Rosnah Mat Aris, ketua lanun). Puas saya `recall` cerita dahulukala yang mana, namun masih tertanya2 :) .

Saya akan ke panggung untuk kali kedua bersama-sama anak2 buah & sepupu2 yang lain.

Wasalam.
Unknown berkata…
Assalam. Aku juga baru lepas menonton upin ipin keris siamang tunggal tadi. Overall, aku pun puas hati dengan animasi LC. Dalam mas yang sama, aku pun puas cari dlm google siapakah watak Mek Min. Clue dia yang dpt dikesan ialah Mek Min cakap dialek Kelantan dan ada a few tengkorak.. yang aku jumpa ialah Pulau Tengkorak di kelantan (carian google) tp masih x pasti. Buat andaian sendiri je.. Tak menyesal tengok movie upin ipin yg banyak unsur2 kemelayuan. Sebab td aku dan isteri tengok pun sebab adik aku ajak. Sempena cuti sekolah kan. Haha.
~chOTTo~ berkata…
Samalah, nak tau jugak Mek Min tu saper. Dan satu lagi kenapa Raja Bersiong tak boleh sebut perkataan 'Tunggal' dengan betul.. setiap kali nk sebut nama Keris Siamang Tunggal itu..
Pada saya Mek Min ialah Cek Siti Wan Kembang yang dipanggil Puteri Chermin kerajaan Chermin. Inderaloka ni Langkasoka Kedah dan Chermin Kelantan boleh rujuk sejarah Nakula. Puteri Chermin adik kepada Raja Barubhasa raja Langkasoka dan terkenal sebagai pahlawan yang berperang dengan Siam dan disebut Ibnu Battuta sebagai memiliki kapal layar yang banyak. Storyboard sarat sejarah Melayu purba

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)