Cara studi yang pelbagai (isi 2)

SQ32 sempena musim peperiksaan
Bila membincangkan tentang studi, mula-mula sekali aku teringat pada komik UPPS yang tertera pada entri kali ni. Sebelum memulakan fokus hari ni, terdapat 2 isi dari komik tersebut yang ingin diberi perhatian sebentar, iaitu;
  • Ada disebutkan Firman Allah dalam komik ini iaitu Surat Az-Zariyat 51:55 yang bermaksud: "Dan tetaplah dalam memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman"
nota - walaupun konteks 'peringatan' dalam ayat tersebut asalnya *mungkin (*aku tak berapa arif tentang ayat Al-Quran ni, jadi kalau salah mohon beri tunjuk ajar ya) merujuk kepada memberi nasihat, aku juga ingin memahami sebagai peringatan dalam hal-hal yang bermanfaat secara umum (eg. berkenaan hal akademik dll)
  • Teori consolidation of memory adalah dari pelajaran perubatan (physiology) tentang bagaimana memori jangka pendek (short term) boleh berubah menjadi memori jangka panjang (long term). Dari Guyton's textbook of physiology (nota - yang berikut adalah penjelasan secara medical, oleh itu pihak yang tidak berkaitan, sila skip bahagian ni agar tak pening kepala):
"For short-term memory to be converted into long-term memory (that can be recalled weeks/ years later), it must be "consolidated". That is, the short term memory if activated repeatedly, will initiates chemical, physical dan anatomical changes in the synapses that are responsible for the long-term memory. This process require 5-10 minutes for minimal consolidation and 1 hour (or more) for strong consolidation.." (page 726 11th edition, Unit XI, Chapter 57)
Kepada pihak bukan medical, aku ingin menjelaskan melalui pendekatan berikut:

(kiri) contoh situasi (tengah) penjelasan asal (kanan) perbandingan yang lain
Fokus - mengukuhkan memori v_v
Jadi berdasarkan fakta tadi, aku dapati banyak dari kepelbagaian teknik studi telah menggunakan konsep yang sama. Study group, membuat nota sendiri, baca berulang kali, bertanyakan guru (pensyarah) - semuanya melibatkan repeated activation of memory.. Namun, tentulah tiap-tiap cara itu mempunyai pros & cons sampingan masing-masing. Ringkasnya:
  • Study grouppros perbincangan secara dua hala lebih membuatkan diri seseorang lebih berfikir dan membantu proses pemahaman (seterusnya menguatkan memori). Malah dapat membiasakan diri dengan situasi soal jawab cons pula bila melibatkan ramai peserta, suasana bosan atau distraction boleh berlaku (terutamanya apabila 'terikat' mendengar topik di luar fokusnya eg. asalnya nak studi sistem CVS, tiba-tiba berbincang sistem CNS pula)
  • Membuat nota sendiripros topik studi adalah bebas mengikut rancangan sendiri cons mudah mengantuk / distracted apabila susah nak faham ayat buku. Selain itu, nota ringkas yang ditulis mungkin tak dapat digunakan over time sebab terlalu ringkas maka diri semakin lupa isi tersirat yang ingin disampaikan
  • *Bertanyakan kepada pensyarahpros mendapat kefahaman terbaik apabila pensyarah menjelaskan sedaya upaya mengikut kemampuan kita cons ada masanya pensyarah tak dapat meluangkan masa disebabkan banyak kerja lain.
*sesuai dengan Firman Allah yang berikut (perhatian: walaupun ayat ni asalnya khusus kepada golongan musyrik, namun mesej yang disampaikan berguna terhadap semua ^-^! Allahu akbar):
"Dan tidaklah Kami mengutuskan rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui" (Surah An-Nahl 16:43)
Seperti yang diulas entri Cara studi yang pelbagai (isi 1), aku berpendapat kepelbagaian cara studi ni bukanlah satu masalah untuk diperbandingkan sebab semuanya tetap memberi kesan yang sama (iaitu mengukuhkan memori). Maka terpulanglah kepada diri seseorang untuk mengikut cara studi yang sesuai..

Bagi menjawab pertanyaan dari entri lalu, cara yang aku paling suka untuk amalkan ialah berdasarkan komik berikut, serta penjelasan tambahan:
"Aku suka tolong ajar kawan sebagai cara studi aku (di sekolah dulu ^-^) sebab bagi aku cara ni bermanfaat kepada diri aku sebagai ulangkaji sendiri dan juga kepada dirinya semoga dapat faham. Sebab tu la, aku tak kisah meluangkan masa membantu kawan-kawan lain ketika memerlukan.Win-win situasion is always nice, i hope.." (episod 84 Wanted! season III)
Other stream of thought
Kalau tak silap, terdapat juga faktor luaran yang mempengaruhi keupayaan memori ni; seperti makanan, suasana sekeliling. Jadi perlu juga diambil perhatian (maaf aku takde maklumat lengkap tentang ini buat masa ni. Insya-allah bila jumpa, akan dikongsikan dalam entri yang lain)


-----------------------------------
Antara siri nasihat yang lain, sila klik laman (page) blog aku --> Nasihat

Ulasan

DarkArtz berkata…
sampai skang aku tak de cara studi yang betul lagi....
tapi aku lebih suka guna cara studi yang kau dan sudin ajar aku dulu.....
membayangkan sesuatu......
macam contoh gambar kat atas....

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)