Dilema jonah vs solat jumaat
Hari ni agak *Jonah (*istilah ni merujuk kepada situasi yang mana keadaan wad berada di luar kawalan misalnya tiba-tiba pesakit masuk secara beramai-ramai atau sebilangan pesakit tiba-tiba menjadi tidak stabil dan perlukan perhatian kecemasan) terutamanya apabila menjelang masanya solat Jumaat >_<! kebetulan pula houseman bertugas di wad ni hanyalah lelaki sahaja, maka aku jadi serba-salah untuk tinggalkan wad (yang tengah Jonah ni) untuk solat Jumaat. Maka, akhirnya aku terpaksa tinggal di wad untuk menguruskan pesakit mengandung yang tiba-tiba perlukan pembedahan kecemasan.. (oh ya, aku posting Obstetric & Gynaecology iaitu berkaitan dengan bersalin / sakit puan) "Agaknya betul ke perbuatan yang aku lakukan ni?" Persoalan ni timbul kerana aku teringat akan satu ayat dari Surah Al-Jumuah tentang suruhan agar pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Jom kita teliti maksudnya; "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sol...