Catatan

Nak jadi Helang atau Itik

Layari Facebook terjumpa lagi satu siaran nasihat yang menarik.  Tapi untuk entri Blog ini aku terjemah secara sendiri (bukan AI) supaya lebih eksklusif. (siaran asal boleh klik sini untuk rujukan --> [post Facebook] Booked by Mystic Venus ) -- Saya berada di lapangan terbang ketika seorang pemandu teksi menghampiri saya. Pertama-tama saya perasan dalam teksinya itu ada satu frasa, lantas saya membacanya; "Itik atau Helang? Anda yang Tentukan" Keduanya, saya perasan bahawa: Keadaan teksi itu bersih berkilat  Pemandu yang berpakaian serba kemas berbaju putih dan berseluar rapi dan siap tali leher lagi. Pemandu teksi keluar, membukakan pintu penumpang untuk saya dan berkata "Nama saya John, pemandu awak. Sementara saya memasukkan bagasi anda ke dalam, saya bersukacita jika anda dapat baca kad ini berkenaan apa sebenarnya misi saya. Pada kad, tertera misi John iaitu; "Menghantar klien ke destinasi yang dituju dengan pantas dan jimat di samping memberikan suasana yan...

Simpan Emas

Imej
Sejak tahun 2018, aku mula menyimpan emas sikit-sikit. Sebelum bermula, ada la aku baca-baca beberapa buku tentang emas, antaranya Zulkiflie Shafie - Wang Emas bertahan ketika gawat Syukor Hashim - Menyingkap rahsia pelaburan emas (aku suka buku ni) Lepas habis baca barulah aku mengorak langkah untuk memulakan simpanan emas. Jadi entri blog ini hanya sekadar 'nota pantas' sebagai ingatan tentang aku & emas. (Nota - entri ini tidak bermakna aku dah jadi sifu/ paling arif tentang emas. Hanya sekadar berkongsikan sedikit pengalaman sahaja untuk panduan pembaca lain) 1) Jual beli emas ada dua jenis iaitu Emas fizikal (nampak dan boleh pegang) Emas maya (sekadar nombor dalam buku/app akaun semata-mata)  "Emas fizikal" ni seronok dan paling meyakinkan sebab dapat produk di tangan. Cuma ia datang pada unit/jisim tertentu (macam 1g, 5g, 10g, 20g dan seterusnya), ditambah lagi dengan harga emas yang semakin melambung, kita tak akan kekal mampu untuk beli emas fizikal saban...

AI vs Artis

Imej
Baru ni heboh di media sosial tentang kemahiran Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI), secara spesifiknya ChatGPT dalam menghasilkan imej gambar lukisan mengikut gaya pelukis tertentu. Banyak contoh yang telah digunakan.. Akira Toriyama (Dragon Ball), Hayao Miyazaki (Studio Ghibli) dan lain-lain (aku tak fasih pekomik yang lain).. Dan paling hangat tersebar baru-baru ni ialah gaya Studio Ghibli. Banyak gambar raya kawan-kawan menggunakan fungsi Aplikasi AI tersebut.. Perkara ni ini menimbulkan isu besar dari pihak studio Ghibli yang mana pengasas berasa sangat jijik dengan penggunaan teknologi AI tersebut  Bacaan siaran yang berkaitan rujuk sini https://www.facebook.com/share/p/18cp51Z6Ck/ Dan tentulah isu ni menyebabkan ada dua kunpulan utama iaitu Menentang penggunaan AI meniru skil pelukis tertentu  Menyokong penggunaan AI tersebut Sebelum aku memilih pihak, jom kita cuba fikirkan apa di sebalik kaca mata masing-masing apabila diperkenalkan teknologi AI ni.. F...

Profil sebagai pembaca buku

Pesta buku antarabangsa KL berlangsung lagi. Beli lagi. Aku bukan seorang pembaca tegar, tapi aku berusaha untuk mencintai buku.  Jadi entri kali ini lebih kepada muhasabah diri dalam menilai kecenderungan aku terhadap buku. Melalui buku Projek Bibliofil, ada panduan / semak diri untuk aku lebih kenali diri dari aspek profil pembaca.. --Bahagian satu-- Jika seseorang mencadangkan anda membaca sebuah buku anda.. Jawapan aku: (A) hanya akan baca jika ia sesuatu yang disukai  Koleksi buku anda terdiri daripada.. Jawapan aku: (C) buku-buku berkualiti tinggi dan hampir kesemuanya sudah dibaca Jika perlu menghabiskan waktu tengah hari di perpustakaan, anda akan.. Jawapan aku: (B) berjalan dari satu rak ke rak dan membelek satu persatu buku  Bagaimana anda mendapat maklumat tentang buku baru? Jawapan aku: (A) melalui media sosial dan laman web penulis buku  Jika seseorang bertanya tentang buku bagus terakhir yang dibaca, anda.. Jawapan aku: (C) tahu satu tajuk buku yang pas...

Tips Membaca Al-Quran

Imej
 Bismillah  Dah lama tak tulis blog. Kali ni terjumpa satu perkongsian di media sosial. Tersentuh niat kalau-kalau nak kongsikan lagi pada kaedah yang berbeza. Jadi simpan sini dulu.. --salin tampal dari hantaran media sosial -- TIPS BACAAN AL-QURAN  Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni. ‎هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..  ‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك . 1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca), ‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu. ‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، . 2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, ‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran. ‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج و...

Bukan senang perkahwinan

Imej
Baru ni aku dapat sepina arahan untuk  menghadiri perbicaraan kes sebagai saksi Jadi kali pertama aku datang ke Mahkamah Syariah sepanjang hidup ini. Dan mahkamah syariah wilayah persekutuan ialah mahkamah pertama aku. Bertempat di dewan 9 (mahkamah rendah), persidangan bermula pukul 9 pagi. Ada 3 kes perbicaraan (mahkamah syariah berkenaan kes tuntutan penceraian) 1) Pasangan berumur 40-50 tahun, berkahwin 22 tahun, ada anak 2 orang. Isteri tuntut cerai sebab suami tak bagi nafkah yang cukup untuk sekeluarga. 2) pasangan berumur 20 tahun, terjadi penceraian sebab suami minda tak tenteram sehingga tersebut lafaz. Kebetulan ada masalah kesihatan, jadi aku la yang kena beri penjelasan kepada tuan hakim.  3) ni aku tak pasti sebab aku dah beredar.. yang datang cuma suami sahaja. Pun kes cerai juga Fokus - Cabaran Perkahwinan  Bukan senang mengharungi bahtera perkahwinan. Suami & isteri akan mengharungi banyak dugaan dan cabaran dalam rumah tangga. Nafkah tak cukup, pasan...

Kita semakin berusia..

Baru ni aku ternampak hantaran (posting) oleh seorang kawan lama, Ali. Hantaran tersebut berkenaan dia masuk hospital lagi sebab cedera. Alang-alang aku takde apa nak buat kat rumah (rumah masih takde orang rumah) jadi aku pun datang melawat.. Nasib baik hospital tersebut beri masa melawat sampai pukul 10malam, jadi aku bolehlah datang lepas habis kerja  35 tahun, kawan sebaya masa sekolah menengah dulu, kerjaya doktor klinik persendirian. Diperihalkan dia diuji dengan pelbagai penyakit - Gout, Heart block, dyslipidemia, sports injury. Bahkan dah pernah buat pemeriksaan scope OGDS, dan colonoscopy. Sementara lain, kawan aku yang lain, Afiq baru menjalani laparoskopik cholecystectomy (pembedahan buang hempedu sebab batu hempedu). Sementara yang lain lagi, ramai dari kawan sekerja aku yang beritahu ada appointmen pelbagai - PSY, Cardio, neuro, ortho, Eye, Skin dll. (Bukan orang yang sama) Satu mesej nasihat buat aku - pada kesempatan belum berpenyakit ni agar lebih menjaga kesihatan ...