kalau makan luar..

menu (gambar hiasan je) ^-^
Trigger for this entry
Macam biasa, bila sampai masa makan, aku pergi la ke kedai makan (sebab malas nak masak)
"Bang, menu ada tak?", tanyaku kepada pelayan kedai makan..
Bila dah dapat menu, aku teliti senarai masakan panas yang ada. Dan akhirnya..
"Bang, saya nak nasi goreng biasa la ye.."
"Hek eleh, tengok menu gaya macam nak order special je. Tak payah menu pun boleh order" - (komen secara rawak yang pernah diterima)
Baik, adegan tamat. Jom kita teruskan dengan fokus hari ni..

Focus 1 - tujuan menu (bagi pendapat aku)
Kebanyakan orang menganggap menu tu hanyalah untuk menetap makanan yang ingin di-order semata-mata. Tapi aku (dengan prinsip pelbagai matlamat) ada beberapa tujuan melihat menu;
  1. order makanan (tentulah ni yang paling utama sekali) serta air
  2. meneliti senarai makanan yang ada di sesuatu kedai - walaupun aku tak order yang special, namun setidaknya aku boleh dapat ilham lain kali boleh rekomen pada orang lain dll..
  3. menyemak harga masakan - sama ada sesuai atau tak dengan perbelanjaan aku..
Aku nak menghuraikan isi yang ke-3 tu. Sebabnya dari aspek makanan ni, aku agak berjimat sikit. Maka pertama sekali aku perlu pastikan harga sesuatu makanan tu dulu baru senang hati order. Keduanya, bila sampai masa bayar, aku dah siap-siap sediakan duit. Setidaknya, dah mindset dah jumlah bayaran yang perlu aku bayar.. tak perlu pun nak tanya "berapa?"

Focus 2 - nasi goreng biasa je?
Betul la, aku perlu akui: kalau banyak-banyak kedai makan yang aku pergi.. hampir semua aku order makanan yang sama je, iaitu nasi goreng biasa (selalu tambah juga telur goreng)
"honestly, i'm not really into eating"
Begitulah penjelasan yang boleh aku berikan (tapi aku tak respon terang-terang, cuma aku senyum je la dengar orang komen aku makan). Maksudnya, aku tak tertarik sangat bila melibatkan makanan. Makan je apa asalkan kenyang, dan tiap kali bila aku makan nasi goreng, inSya Allah, tu la makanan yang aku berjaya makan sampai habis (tak tergerak ke arah pembaziran terutamanya bila cuba menu baru --> tak sedap --> tinggalkan begitu je untuk dibuang). Sedangkan yang lain-lain, tetap ada kemungkinan tak habis makan (misalnya sayur tak habis ^-^!)

Selain itu, aku pernah terdengar satu hadith daripada Rasulullah s.a.w, sabdanya,
"Perut itu gudang penyakit" (riwayat Muslim)
Aku yakin hadith ni sebenarnya ada banyak maksud tersurat & tersirat, namun dari apa yang aku faham, makanan tu berisiko menyumbang penyakit fizikal kepada diri. Jadi sebab aku dah biasa dengan nasi goreng biasa, maka aku tak risau untuk terus order menu yang sama :P

Focus 3 - susun pinggan
Bagi kawan aku di universiti, mereka memang agak maklum yang aku ni selalu susun semua pinggan (di meja sendiri je) lepas makan ^-^ saja nak tolong ringankan pekerja restoran sikit. Aku berfikiran, walaupun mereka tu memang kerja dia layan pelanggan serta kemas meja, namun kita kena empati sikit. Mungkin makan malam tu dia dah sampai had tenaganya, jadi apa kata tolong ringankan kerja dia walaupun skit.. (Naif~)

jom amalkan kedua-dua doa ni ^-^
Focus 4 - doa makan
Aku dah perhatikan pelbagai komuniti bila bab doa (eg. doa makan), yang pastinya alhamdulillah ramai praktikkan baca doa sebelum makan ^-^ aku patut ikut jejak mereka ni, insya Allah. Namun, satu perkara lagi yang aku patut usahakan sekali, iaitu doa "selepas". Setakat pemerhatian aku ni, semua yang baca doa hanya terhad kepada sebelum je, doa selepas diabaikan >_<! hmm, aku masih pun selalu terlupa.. Tapi insya-Allah.. aku akan berusaha memperbaik amalan aku ni. Jom kawan-kawan!

Ulasan

Syazwan M Nor berkata…
Kalau tak mampu ingat doa makan sebelum dan selepas cukup sekadar bismillah & alhamdulilah.. Selamat menjamu selera

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)